SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


15 Disember 2011

Umur persaraan 60 tahun: Sama-sama sahut cabaran !

Dada akhbar Berita Harian pada hari ini agak mencuri perhatian yang mungkin menimbulkan kerisauan golongan mahasiswa. Artikel bertajuk ‘60 Usia Bersara Swasta’ di dada akhbar tersebut diperbincangkan juga di laman Perihal Orang Muda Berita Harian Online yang jelas membuktikan kerisauan golongan generasi muda yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Pelaksanaan dasar itu dijangka menggembirakan lebih lima juta tenaga kerja swasta, selaras dengan had persaraan kakitangan awam berdasarkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang baru diperkenallan. Tambahan pula, memberikan peluang kenaikan gaji serta peningkatan caruman KWSP untuk kegunaan hari tua. Namun begitu, bagaimanakah dengan pendapat rakan siswa? Sebelum ini, persoalan ini mungkin membelenggu benak rakan siswa yang bercita-cita berkhidmat di sektor awam namun kini, kedua-dua sektor melaksanakan umur persaraan yang sama. 

Antara komen-komen rakan di ruangan Perihal Orang Muda Berita Harian;



Apa pula kata anda sebagai golongan siswa yang akan melangkah ke dunia pekerjaan kelak? Adakah rakan siswa akan menganggapnya sebagai cabaran atau sebaliknya? Sepastinya mahasiswa yang matang dan intelektual akan melihatnya sebagai cabaran dan bukannya ancaman. Aspek ‘Kebolehpasaran Mahasiswa’ perlu digilap sebaiknya bagi memastikan tamat pengajian bukan sekadar skor akademik semata-mata malah menguasai kriteria-kriteria soft skill yang akan menyebabkan pekerjaan mengejar anda.


Sumber: Utusan Malaysia, 31 Oktober 2011.

Lihat sahaja bagaimana Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi memberi tumpuan terhadap mahasiswa dalam aspek kebolehpasaran, peruntukan sebanyak RM20.8 juta di samping menyasarkan 5 peratus kadar kebolehpasaran graduan lepasan politeknik dalam industri sama ada dalam atau luar negara menjelang 2015.

Memetik kata Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 7.2 peratus pada tahun lalu serba sedikit boleh melegakan apabila lebih banyak peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi boleh diharapkan oleh masyarakat. (Harian Metro, 15 Disember 2011)

Usaha kerajaan dalam menyediakan mahasiswa bersedia ke alam pekerjaan adalah amat dihargai. Namun, rasa bimbang dan khuatir itu tidak dapat dielakkan. Apakah? Bagaimanakah nasib terus berteka-teki di dalam benak fikiran. Moga lebih banyak juga peluang kerjaya untuk kita tidak kira sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Sehubungan itu, bagi menyahut cabaran ini, sama-samalah kita melengkapkan diri kita agar cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kebolehpasaran kita kelak. 

* Kini, tiada lagi pekerjaan mencari kita, sebaliknya kitalah yang mencipta kerjaya !









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?