SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


10 Februari 2013

#savekedah



9 Februari, MU berkesempatan menyertai perhimpunan #savekedah. Semuanya Merah. Bukan perhimpunan UMNO ya tetapi merah bagi MU melambangkan tahap bahaya situasi di kawasan Pedu yang dihimpit dengan masalah pencabulan alam yang serius. Bukan apa perhimpunan ini sebenarnya rali untuk selamatkan bumi Kedah. Kalau tidak ke PEDU di Daerah Padang Terap, Kedah, MU sendiri tidak akan percaya dengan pendedahan media arus perdana mengenai apa yang berlaku di sana.

Bak kata orang Kedah, Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. Tasik Pedu ini, MU difahamkan tempat salah satu tempat tadahan air  di negeri kedah. Dahulunya orang menceritakan cantik. Sepanjang perjalanan ke tempat rali, sesuatu yang amat terkejut, bukit ditarah dan digondolkan. Kini yang tinggal hanya tanah lapang dengan sisa baki balak.

Seorang anak jati Kedah berkongsi dengan MU, apa yang kelihatan hanyalah sebahagian kecil dari pemerkosaan pihak yang tak bertanggungjawab terhadap hutan simpan ini. Gambar yang diambil dari helikopter menunjukkan segmen yang lebih serius ditarah dan digondol. MU sebagai mahasiswa tahu ini semua kuasa kerajaan negeri kerana tanah termasuk dalam senarai negeri (pernah belajar Perlembagaan dahulu) jadi, nak tanya adakah tindakan menggondol ini juga sesuatu yang direstui oleh kerajaan negeri.

Bagi MU isu ini isu sejagat. Bukan satu isu permainan politik murahan tetapi satu kemanusiaan yang besar lagi penting. Ketika dunia sibuk dengan perjuangan teknologi hijau dan sebagainya, adakah kerajaan negeri kehadapan dalam isu ini? Bagi MU kerajaan negeri menerbang pokok atas nama pembangunan sesuatu yang tidak boleh diterima akal dan wajar ditentang.

Macam biasa, satu persoalan yang MU perlukan penilaian pembaca, dimanakah, aktivis Pro M? Sepatutnya isu ini harus diambil berat oleh mereka. Jangan ditanyalah kumpulan Hijau, yang sibuk bergoncang dunia jaja mengenai Lynas. Bisu dan tuli dalam isu pembalakan di negeri Kedah. Sebab apa? Sebab di Pahang kerajaannya ialah Barisan Nasional dan disini kerajaan yang memerintah ialah Pakatan Rakyat. Tidak setuju? Terpulang. MU perlukan mahasiswa dan ahli masyarakat yang rasional. Yang salah katakan salah yang betul katakan betul.

Sifat pilih kasih (bukan program TV) inilah yang menjadi modus operandi pihak pembangkang yang nampak macam jelek di mata dunia. Buat kali ini MU bersetuju dengan aktivis alam sekitar yang digerakkan oleh Barisan Nasional yang bersungguh-sungguh mempertahankan isu alam sekitar. Sudah tiba masanya rakyat di negeri Kedah membuka mata. (Negeri lain, maaf bukan subjeknya disini)

Jom kita pakat-pakat #savekedah. Selamatkan bumi Kedah. Di Rali ini, MU sempat berjumpa dan mendengar ucapan YB Dato’ Paduka Mukhriz Tun Mahathir yang meluangkan masa bersama anak muda. Turut kelihatan ADUN PEDU; YB Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid, ADUN BELANTIK; Dato Muhammad Tajudin Abdullah ,dan ADUN DERGA; YB Dr Cheah Soon Hai.

Tidak setuju dengan Rali ini terpulang. Lawatlah sendiri Tasik Pedu. MU pasti jawapannya ialah ‘baru sedikit ditarahnya bukanlah serius manapun’. Persoalan MU nak tunggu sampai bila?








Maklumat lanjut boleh baca di sini dan sini.

03 Februari 2013

Cuba mengubah sejarah?



MU tertarik dengan pendedahan blog dan blog ini mengenai ‘ikon’ baru mahasiswa Utara Malaysia, Bawani KS. Khabarnya beliau dijemput dalam Majlis Memperingati 60 Tahun Mat Indera mati Di Gantung. Iya Mat Indera individu yang pernah di label Timbalan Presiden PAS sebagai perwira dalam tragedi Bukit Kepong.

MU juga tertarik apabila pendedahan yang dilakukan mengenai saudari Bawani KS ni, dia seorang pelajar undang-undang. Sesuatu yang unik apabila pelajar undang-undang seakan-akan melupakan sejarah. Mungkin kehadiran bawani tak lah berniat nak menyokong keperwiraan mat Indra, cuba sebagai warga bertanggung jawab nak mempersoalkan rasional majlis itu diadakan?

Mat Indra atau nama sebenarnya Muhammad Indera dalam cacatan sejarahnya, mengetuai segerombolan 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Tragedi Bukit Kepong menyebabkan seramai 25 orang termasuk wanita dan kanak-kanak. Tragedi ini bukanlah sesuatu yang asing bagi MU. Sedangkan seorang pelajar sekolah rendah juga MU rasa pernah menonton filem Bukit Kepong. Itu lah sejarah. Jadi apabila seorang pelajar undang-undang dari Universiti Utara Malaysia boleh menghadiri majlis memperingati Mat Indera sebagai seorang pejuang? Baca lanjut di sini.

Mengenai Komunis, MU pasti ramai mengetahui bukanlah satu fahaman yang boleh diterima akal. Menolak kewujudanTuhan yang sudah pasti bertentangan dengan prinsip Rukun Negara, kepercayaan pada Tuhan. Seorang yang Islam percaya pada kewujudan Allah sebagai Tuhan yang wajib disembah. Justeru, sejarah tetap sejarah. Nyawa perwira yang gugur syahid di Bukit Kepong seharusnya dikenang dan bukan dibalas dengan menukar sejarah.

Apa yang berlaku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?