SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


31 Januari 2013

Himpunan Orang Muda Kedah Bersama PM


MU tertarik dengan perhimpunan ini. Meriah, Beradab dan Berinfomasi. Yang tak berkesempatan, jom masih ada dua hari lagi.


Dipetik dari sini




Tadi MU sempat berjumpa PM DS @NajibRazak, Dato Mukhriz Tun Mahathir, YB Khairy Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin rakyat yang lain.

p/s: gambar ni bukan edit ya! 




20 Januari 2013

18 Januari 2013

Solidariti #AspirasiMahasiswa


YDP MPP USM Saudara Muhammad ‘Ammar Mohd Aziz

Isu #listen, #listen, #Listen membentuk satu gelombang baru. Gelombang yang dicetuskan oleh seorang proaksi pembangkang di dalam kampus Universiti Utara Malaysia. Proaksi Pembangkang ini mula mendapatkan tempat apabila berjaya melancarkan provokasi terhadap pihak penganjur program forum Seiringkah Mahasiswa dan Politik’ anjuran Suara Wanita 1 Malaysia. MU terbaca satu post yang dikongsi oleh YDP MPP USM Saudara Muhammad ‘Ammar Mohd Aziz.



Jom kita baca kecaman mahasiswa pro pembangkang;







Inilah yang MU simpulkan sebagai pertembungan idealism mahasiswa PRO M (Pro Pembangkang) dan pejuang sejati mahasiswa Aspirasi Mahasiswa. Mahasiswa Pro M akan terus menerus dengan komentar yang bersifat populis dan melulu serta zalim kepada pihak yang satu lagi. Mengapa? Ia mudah, MU bersetuju dengan pandangan YDP Aspirasi Mahasiswa, kedua-dua buah pihak harus tampil untuk membuat kenyataan mengapa tragedi itu boleh terjadi.

Hamburan demi hamburan kepada YDP yang tidak menyebelahi kem pembangkang dilihat sebagai tidak menjaga kebajikan mahasiswa. Apakah tindakan sehinggakan pemimpin Aspirasi Mahasiswa ini dituduh tidak menyebelahi kebajikan serta suara? MU bersetuju bahawa Presiden SW1M dan Bawani  perlu tampil untuk membuat penjelasan. Kita harus menunaikan hak untuk bersuara kepada Presiden SW1M untuk menjelaskan perkara ini. Mudah. Berilah perluang untuk memahami keadaan yang berlaku. Jom lihat kenyataan mahasiswa Aspirasi Mahasiswa;


Itu mungkin ‘dosa’pertama pemimpin serta pengikut mahasiswa pembangkang. Yang kedua ialah figura figura hebat dibelakang Bawani melambangkan Bawani ini dilindungi oleh pemimpin-pemimpin pembangkang tidak seperti pemimpin Aspirasi Mahasiswa yang mengeluarkan kenyataan berdasarkan prinsip yang rasional lagi intelektual. Bawani dipertahankan oleh pembangkang yang dijaja satu Malaysia sebagai hak mereka dicabuli. Namun begitu, apabila kegiatan biadap  yang dilakukan oleh Bawani terhadap penganjur, dalam program penganjur. Agak-agak seandainya seorang mahasiswa di tempat program anjuran pembangkang bolehkah dia sebebasnya berperwatakan seperti Bawani? Aspirasi Mahasiswa tidak akan mengkhianati intelektual dan tidak akan melacurkan nama mahasiswa dengan tindakan tidak rasional serta biadap.

MU tertarik dengan pendedahan serta analisis Keris7Lok mengenai isu #Listen di UUM. Aspirasi Mahasiswa terus diperlukan dalam melambangkan tindak tanduk yang rasional, tenang dan adil. 

Tepuk dada tanya Iman. Kita mahu menyelesaikan masalah yang meruncing ini. Biarlah Presiden SW1M membuat kenyataan dan kita nilai, begitu juga dengan Bawani. Kita dengar serta nilai dengan akal dan bukan emosi.

BerASPIRASI MAHASISWA, ber#siswa4peace.

15 Januari 2013

Kenyataan Rasmi MPPUUM #Bawani #UUM



KENYATAAN RASMI MPP UUM




Berkenaan isu video

Pendirian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dalam perihal video ini adalah seperti tetapan berikut;

1)  MPP UUM mendukung prinsip kebebasan bersuara harus didukung tanpa menafikan hak mana-mana individu. Kebebasan ini termasuk juga untuk berhujah berdasarkan fakta yang sebenar dan tulen.

2)  MPP UUM juga bersetuju bahawa sesi interaksi panel dan penonton telah diberikan oleh moderator serta panel menjawab persoalan yang dibangkitkan.

3)   MPP UUM juga bersetuju bahawa hak kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dalam tertib dan penuh beradab.

4)  MPPUUM dalam perkara ini berpendapat kedua-kedua pihak dalam video iaitu mahasiswi UUM serta panel mempunyai sebab tersendiri mengapa kejadian sedemikian berlaku serta berharap kedua-dua buah pihak boleh menjelaskan kepada orang ramai.

5)  MPPUUM juga ingin menegaskan kehadiran YDP MPP UUM hanyalah memenuhi jemputan pihak penganjur program dan bukan bertindak sebagai penganjur atau penganjur bersama.

6)   MPPUUM juga berpendirian bahawa ketika mahasiswi UUM berkenaan mencelah, forum telah diserahkan dari moderator kepada pihak penganjur.

7)   MPP UUM percaya yang wajar memberi pencerahan adalah pihak yang terlibat.

8)   MPP UUM juga meminta supaya siaran video penuh di terbitkan untuk tatapan penonton supaya mengetahui pucuk pangkal program forum ini.

9)   MPP UUM berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara berhemah dan harmoni.


Sekian.


Dipetik daripada: < SINI > 

Ada Apa Dengan #Bawani #UUM?



Apabila mahasiswa yang dilihat menjadi mangsa, sepastinya lebih mudah mendapat raih simpati. Mahasiswa lebih lantang, berani bersuara. Inilah generasi anak muda sekarang.

Peristiwa 8 Disember 2012 mula mendapat perhatian hanya dalam 1 malam. #justice4bawani #salutebawani #weareallbawani. Forum bertajuk Suara Mahasiswa: Seiringkah Mahasiswa dan Politik bertempat di Dewan Muadzam Syah, Universiti Utara Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri buat Bawani.




Trend yang sama juga dilihat sama dengan situasi apabila Adam Adli, Safwan Anang hendak menjadi popular. Cuma berbezanya apabila yang hendak dinaikkan ini merupakan ‘heroin’. Percaturannya sepastinya berbeza.

 Siapa dia?




Bawani a/p Kaniapan dilahirkan di Perak merupakan pelajar undang-undang semester 3, 
akan berusia 28 tahun pada 5 September ini dan pernah bertanding kerusi umum 
dalam PRK yang lepas. Bawani juga turut aktif di luar.



 “With my great comrade & ayahanda Dr Nasir Nashim. Always inspiring his thought”


 Mesyuarat May Day di office PSM pada tahun 2010?



Pelajar UUM

Usah terlepas pandang dan hanya memberikan keadilan kepada gadis ini semata-mata. Lihat pula komentar daripada pelajar UUM sendiri. Peristiwa yang berlaku ini dilihat sama sebagaimana peristiwa di UPSI dahulu. Kerana tindakan individu tertentu, rakan-rakan mahasiswa daripada universiti yang sama mendapat tempiasnya.

Bawani muncul dan memulakan provokasi setelah tamat sesi Q&A dan majlis hampir tamat. Bukannya semasa sesi dibuka.




Inginkan lebih info? Klik < SINI > 


p/s: Jika inilah ikon mahasiswa, teruskanlah. Tetapi jangan pula yang lain mendapat tempiasnya. Ini antara panelis dan Bawani.

10 Januari 2013

Kalimah ALLAH TIDAK Lagi Eksklusif ?




Penggunaan kalimah ALLAH bagi orang bukan Islam bukanlah untuk dipermainkan, memenuhi kehendak politik semata-mata. Bukan juga kerana keselamatan bahkan isu akidah, tauhid kita dalam menjaga kesucian agama Islam.

Isu ini timbul apabila GOD dalam Bible yang hendak diterjemahkan dalam Bahasa Melayu sebagai ALLAH.

Dalam Bible sendiri tidak menggunakan kalimah ALLAH bahkan menggunakan perkataan GOD.  Dalam teks bahasa Greek yang juga bahasa asal penulisan Bible pun tidak menggunakan kalimah ALLAH sebaliknya ‘Theos’ yang bermaksud Tuhan.

Penggunaan kalimah ALLAH, Baitullah, Solat dan Kaabah telah diwartakan eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN S.59//3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Jemaah Menteri yang telah bermesyuarat pada 3 Januari 2008 juga telah memutuskan perkara yang sama.



5 Alasan utama Gereja Katolik menuntut menggunakan Kalimah ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam laporan bertajuk Church leaders explain use of Allah dalam akhbar The Sun (24 Disember 2007)

1.   Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam Bahasa Melayu menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai terjemahan istilah Lord.
2.    Mendakwa mulai awal ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam Bahasa Melayu dan kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan istilah God.
3.    Mendakwa ayat-ayat suci Al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam telah menggunakan lafaz Allah.
4.    Mendakwa bahawa segmen terjemahan dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.
5.    Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3) A Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan mereka ini (bukan beragama Islam) yang ingin menggunakan kalimah Allah jelas telahpun ditolak dan dilarang sama sekali. Jelas dalam fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan serta dilindungi penggunaannya yang eksklusif untuk umat Islam.

Namun, sekali lagi penggunaan kalimah ALLAH ini sengaja hendak dimainkan menjadi isu. Lim Guan Eng dilihat sengaja membangkitkan isu ini menuntut agar Kerajaan Pusat membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Menjadi bertambah kartun lagi apabila ada pemimpin yang beragama Islam pula menyokong tindakan penggunaan kalimah ALLAH dan salah seorangnya Nik Aziz, yang diangkat sebagai Tuan Guru.

Percanggahan pendapat dalam penggunaan kalimah ALLAH ini di kalangan kepimpinan PAS sedikit menimbulkan kekeliruan, tanda tanya. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Dalam isu agama, janganlah sampai menyesatkan akidah.

Moga terbuka hati apabila mendengar hujah ini.


 
Lihat, ini antara anak muda yang kononnya menjadi hero.
Sanggup bersembahyang di tokong Cina?



Jika bukan yang beragama Islam menjaga kesucian agama ini, adakah anda berharap mereka yang bukan Islam untuk menjaga dan memelihara agama Islam?


 Semoga ini TIDAK akan berlaku.



Rujukan:

 

p/s: Bacalah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.

03 Januari 2013

Pendaftaran Rebat Smartphone RM200 #Bajet2013





Tiada lagi had ditetapkan ke atas rebat smartphone RM 200 berbanding dahulu hanya dihadkan maksimum RM500 sahaja. Bermakna lebih banyak pilihan untuk belia.

Bagi yang berminat, sila buat sedikit checklist di bawah ini.


1.    Belia: 21 – 30 tahun
2.    Pendapatan: RM3K ke bawah
3.    Pakej Komunikasi Belia (PKB)
4.    Libatkan 7 syarikat komunikasi: 
Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile & YTL Communications. 
5.    Pendaftaran? Klik <SINI>


"Saya mewakili MPPK amat berterima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan cadangan daripada kami" – Pengerusi MPPK, Hafiz Ariffin.

+++Lanjut di <SINI>


Terima kasih kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) & Terima kasih PM.


p/s: oops, baru juga MU update entry senarai hp yang terpilih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?