SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


03 Januari 2013

Pendaftaran Rebat Smartphone RM200 #Bajet2013





Tiada lagi had ditetapkan ke atas rebat smartphone RM 200 berbanding dahulu hanya dihadkan maksimum RM500 sahaja. Bermakna lebih banyak pilihan untuk belia.

Bagi yang berminat, sila buat sedikit checklist di bawah ini.


1.    Belia: 21 – 30 tahun
2.    Pendapatan: RM3K ke bawah
3.    Pakej Komunikasi Belia (PKB)
4.    Libatkan 7 syarikat komunikasi: 
Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile & YTL Communications. 
5.    Pendaftaran? Klik <SINI>


"Saya mewakili MPPK amat berterima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan cadangan daripada kami" – Pengerusi MPPK, Hafiz Ariffin.

+++Lanjut di <SINI>


Terima kasih kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) & Terima kasih PM.


p/s: oops, baru juga MU update entry senarai hp yang terpilih.


2 ulasan:

  1. Mengecewakan...
    Apabila ada pihak membantah had harga telefon pintar RM500 untuk PKB, saya pula menyokong. Pada pendapat saya tujuan kerajaan ialah agar belia yang kurang berkemampuan dibantu untuk dapat juga menikmati kemajuan telekomunikasi terkini. kalau dah tak berkemampuan tentulah akan memilih telefon yang paling sederhana dalam kelasnya.
    Bagi belia yang dah mampu, mereka tak perlukan bantuan dan kerajaan SILAP membantu mereka yang dah sedia mampu.
    Kerajaan boleh menaikkan sedikit had itu dari RM500 kepada RM700, tetapi menghapuskannya kurang bijak. Pertama, kenapa diadakan had tersebut pada asalnya? Tentu bersebab. Kedua, kenapa dimansuhkan pula? Tentu ada sebabnya juga. Kalau dibuka tanpa had harga dan berdasarkan peruntukkan siapa cepat dia dapat, rasanya golongan mana yang merebut "durian runtuh" ini dan golongan mana gigit jari? Beginikah kita merancang perbelanjaan negara. Kerajaan perlu buat penjelasan dan berikan sebab yang berpadan dengan kualiti sebuah kerajaan yang mampu memerintah. Yang paling penting perlu diingat ialah wang yang digunakan itu dari perbendaharaan negara, bukan wang peribadi sesiapa.
    Secara amnya dilihat cara kerajaan membuat keputusan begitu mengecewakan, apakah kerajaan terlalu kurang penyelidik untuk membuat kajian sebelum satu satu keputusan dibuat? Apakah tidak ada kajian menyeluruh dan sistematik dilakukan? Yang ini bukan kali pertama.
    Rakyat kehilangan arah, yang sana tidak boleh percaya yang sini pun lebih kurang sama.

    BalasPadam
  2. As Salam bro..

    Mohon di linkkan blog saya ni ye..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Semoga pertalian ini menyambung ukhuwah antara kita..

    Tq bro, blog bro sempoi dan menarik..

    Jumpa lagi, c u soon..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?