SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


26 September 2013

Kecewa! Di mana letaknya suara mahasiswa? #TF4MT #TFOurHope @NajibRazak @KhairyKJ

Salam aspirasi, salam 1Malaysia.

Semalam saya dikejutkan dengan satu soalan, "Betul ke nama Tun Faisal kena drop dari pencalonan Majlis Tertinggi UMNO?" Dan on the spot saya bertanya sana sini tentang kesahihan berita tersebut. Dan persoalan "Mengapa?" terus bermain di minda saya serta rakan rakan seperjuangan yang sangat menghormati dan mengagumi Tun Faisal. 

Penglibatan Tun Faisal bersama mahasiswa adalah secara langsung. Bukan hanya menghantar wakil, atau sekadar bertegur sapa di Twitter. Beliau duduk bersama, minum teh tarik sambil dengar dan memberi penyelesaian kepada masalah mahasiswa. Senaraikan saya pemimpin lain yang boleh memberikan sokongan padu kepada mahasiswa selain beliau. Tak banyak, lima orang. Ada? 

Tun Faisal merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang secara technically nampaknya seperti lebih rendah dari AJK Bahagian dan menerima endorsement dari Khairy Jamaludin. KJ buat silap? Atau kesilapan itu sendiri berada di pihak JK Pemilihan kerana menerima borang pencalonan? Kenapa terima borang calon yang tak layak ye? 

Keseluruhan mahasiswa yang bersama Tun Faisal akan bersetuju jika saya katakan, Tun Faisal adalah seorang yang walk the talk. Saya sendiri pernah bekerja bersama beliau dan beliau bukan duduk memberi arahan like a boss. "Kalau aku boleh buat, takkan korang tak boleh?" He will do it himself, and he can do it. Kalau tak boleh, takdenye nak suruh orang lain buat juga. Kan? Dan ya, tak sepatutnya ada alasan tak boleh buat. See! Bukan bagi arahan dan nak keputusan ikut kepala sendiri. Lol.

Sejujurnya, ini bukan kali pertama kami mahasiswa mendengar berita mengenai calon yang mempunyai pengaruh yang kuat, especially dengan anak muda dan mahasiswa khususnya yang dicampak keluar dari zon selesa mereka. Di mana transformasi yang cuba dibawa?  

Pilihan mahasiswa dalam PAU2013 juga sebenarnya akan turut membawa kesan besar dalam PRU14. Pemimpin pemimpin yang kami mahukan insya Allah mampu membawa perubahan bersama dalam tempoh lima tahun akan datang. Atau sememangnya UMNO terlalu yakin akan menang besar PRU14 dengan 'transformasi' ini? Good luck! 

Ini adalah bukti, masyarakat memerhati, sejauh mana suara anak muda, suara golongan mahasiswa diambil peduli. Jangan hanya mencipta alasan.

Mahasiswa menyokong Tun Faisal sebagai Majlis Tertinggi UMNO 2013-2016. Mahasiswa memohon agar DS Najib Razak dapat mempertimbangkan semula pencalonan Tun Faisal Ismail Aziz sebagai calon no 60. 

Salam perubahan, salam 'transformasi'

14 September 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Apa Generasi Muda dapat? #iSiswaMEB

Salam Mahasiswa, Tunggak Kejayaan Negara.





Hari ini merupakan detik sejarah bagi orang Melayu dan Bumiputera kerana YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh Bumiputera dalam Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Cancelor (DATC), Kampus Induk UiTM Shah Alam. 

Sebagai Mahasiswa dan generasi muda, apa yang kita bakal perolehi daripada peluang-peluang yang disediakan ini? Melihat kepada Fokus Pemerkasaan Pertama : Mendaya Modal Insan Bumiputera. Apakah intipati yang terdapat di dalamnya? Antaranya… sumber : APJr

1) Bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran. Kerajaan akan memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran. Di sini satu lagi peluang besar untuk generasi muda khasnya dalam mencungkil bakat dan menggilap kemahiran yang dimiliki melalui Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang disediakan oleh kerajaan seperti Institut Kemahiran MARA dan lain-lain Institusi yang berkaitan. 




2) Golongan graduan Bumiputera yang menganggur, kerajaan akan mempergiatkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil. Graduan-graduan berpeluang untuk menjalani latihan kemahiran sekaligus berkeyakinan untuk menjadi usahawan di dalam bidang yang diterajui. Sebagai contoh, graduan yang mengambil Hotel & Katering boleh membuka usahawan Katering dan membina peluang kerja kepada masyarakat sekeliling. 




3) Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan. Dana yang disalurkan oleh kerajaan melalui agensi-agensi ini dapat membantu generasi muda untuk membina peluang. Generasi muda sangat mempunyai banyak peluang jika mereka mahu dan memikirkan yang terbaik untuk masa depan mereka. Ini memberi peluang dan memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam budang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi. 


4) Dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja professional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari. 


Kita baru mengupas intipati daripada Fokus Pemerkasaan Pertama, sudah banyak peluang yang disediakan untuk generasi muda sebagai modal insan Negara. Apa pula peranan generasi muda mengambil peluang yang disediakan ini? Generasi muda terutama mereka yang bergelar mahasiswa sentiasa dimanjai. Orang tua pernah berkata, kejayaan tidak datang bergolek. Melihat senario dewasa kini, sukar untuk mereka untuk merasa sedikit kesusahan dan selebihnya suka untuk menyalahkan pihak lain. Mahasiswa yang berintelektual tinggi seharusnya boleh menunjukkan sikap kematangan dalam berfikir, bertindak sebelum berfikir dan menyerap segala kebaikan yang diperolehi. 


Jom lihat apa mahasiswa UiTM terima? KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?