SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


16 Disember 2011

Kebolehpasaran Mahasiswa?. Jom rebut peluang !

Di saat mungkin mahasiswa berteka-teki mengenai peluang kerjaya kelak, suka di sini ingin berkongsi dengan rakan-rakan siswa mengenai Skim Latihan 1Malaysia. Skim yang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran mahasiswa yang dengan erti kata lain skim yang akan melatih graduan untuk mendapat pekerjaan. Tahukah rakan-rakan mengenai skim latihan ini?



Apakah objektif skim ini?
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Sedikit latar belakang skim.
Setiap graduan keluaran universiti adalah aset Negara. Oleh itu Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan, terutamanya melalui program-program yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program tersebut telah berjaya mengurangkan mismatch antara keluaran universiti dan keperluan industri. Selain daripada itu, beberapa institusi lain juga turut mengambil peranan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Bank Negara Malaysia misalnya telah melaksanakan program latihan singkat kepada sejumlah 500 graduan daripada latar belakang keluarga miskin yang mana telah membolehkan graduan tersebut mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Graduan tersebut adalah antara pelajar cemerlang yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 3.0. Mereka pada awalnya sukar mendapat pekerjaan kerana kurang keyakinan dan pendedahan kepada aspek sosial etiket sebenar alam pekerjaan. Setelah mereka menjalani latihan pembangunan sahsiah dan internship, mereka mendapat keyakinan diri sehingga terpilih untuk bekerja dalam syarikat-syarikat besar. 

Berdasarkan kejayaan program tersebut, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program ini sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) melalui penglibatan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta secara corporate social responsibility (CSR).


Bagaimanakah skim ini dilaksanakan?
Ciri-ciri umum dan pendekatan pelaksanaan program SL1M adalah seperti berikut :
1.      Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai  CSR;
2.      Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
3.      Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;  
4.      Kriteria pemilihan peserta :
            I.            Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan
            II.            Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;
5.      Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed);
6.      Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. www.epu.gov.my/sl1m; dan
7.      Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.   

Prasyarat?
Terbuka kepada graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mendapat CGPA 2.5 dan ke atas.

Soal & Jawab.



Menariknya skim ini? Tempoh latihan selama 12 bulan + gaji minimum RM1,000 sebulan yang disasarkan kepada graduan yang tidak mendapat pekerjaan setelah 6 bulan menerima Ijazah.

Pada peringkat awal Skim ini lagi, sudah 24 buah GLC telah turut bersama-sama menawarkan skim ini. Antaranya,
1.      Affin Holdings Berhad
2.      Amanah Raya Berhad
3.      Axiata Group Berhad
4.      Bank Negara Malaysia
5.      Bank Pembangunan Malaysia Berhad
6.      Bousted Holdings Berhad
7.      Chemical Company of Malaysia Berhad
8.      CIMB Group Berhad
9.      Khazanah Nasional Berhad
10.  Lembaga Tabung Haji
11.  Malayan Banking Berhad
12.  Malaysia Airports Holding Berhad
13.  Malaysia Building Society Berhad
14.  MIMOS Berhad
15.  Malaysian Resources Corporation Berhad
16.  Perbadanan Nasional Berhad
17.  Permodalan Nasional Berhad
18.  Petroliam Nasional Berhad
19.  Sime Darby Berhad
20.  Telekom Malaysia Berhad
21.  Tenaga Nasional Berhad
22.  UDA Holdings Berhad
23.  UEM Group Berhad
24.  UMW Holdings Berhad

Dengan adanya skim seperti ini, mahasiswa seharusnya merebut dan memanfaatkan sebaiknya peluang yang diberikan. 


Ramalan: Menjangkakan skim ini akan menjadi antara pilihan utama mahasiswa di samping mencari peluang pekerjaan baik di sektor awam mahupun swasta.

p/s: Mahasiswa Utara melihat ada sahaja ruang dan peluang yang diberikan kepada golongan mahasiswa. Jom rebut peluang!
















1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?