SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


03 Mei 2012

Elak Virus Berjangkit, Debat KJ vs Rafizi TERTANGGUH


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Hebahan makluman penangguhan debat.

  Sedia maklum bahawa debat PTPTN antara KJ dan Rafizi sepatutnya berlangsung pada malam ini, 3 Mei 2012.

Makluman daripada pihak penganjur, Sinar Harian.
+++++
SHAH ALAM - Debat terbuka PTPTN anjuran Sinar Harian yang sepatutnya berlangsung di sini malam esok telah ditangguhkan.
Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd. Jalil Ali berkata, pertemuan antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan diadakan pada satu tarikh lain.

“Kami tidak membatalkan debat yang menjadi tumpuan ramai ini, kami hanya tangguhkan ke satu masa yang akan ditetapkan, insya-ALLAH dalam masa terdekat,” katanya tanpa menyatakan tarikh sebenar.

Karangkraf sebagai penerbit harian popular itu yang sebelum ini telah menganjurkan 13 siri Wacana Sinar, memutuskan untuk menangguhkan debat, memandangkan suasana dan masa yang tidak beberapa sesuai.

“Beberapa insiden di seluruh negara, khasnya di Kuala Lumpur beberapa hari lalu mewujudkan suasana hangat, jadi kami tidak mahu debat seperti ini yang menemukan tokoh parti bertentangan membangkitkan lagi suasana tidak sihat.

“Sebab itu kami memutuskan supaya wacana ilmu ini ditangguhkan dahulu dan kami memohon maaf kepada orang ramai, khasnya pembaca Sinar Harian yang sejak seminggu lalu telah menempah tempat untuk menyertai debat ini,” katanya.

Menurut Jalil, selain kedua pendebat, Dr Maszlee Malik yang sepatutnya menjadi moderator pada majlis di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, juga telah diberitahu mengenai penangguhan ini. Pengumuman mengenai tarikh baru dan tempat bagi debat ini akan dibuat dalam akhbar Sinar Harian.
+++
p/s: Debatni tangguh bukan batal. Kita tunggu tarikh baru. Bagi MU tindakan penganjur adalah tepat buat masa ini. Siapalah yang menghuru-harakan KL tu ye... ISH ISH ISH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?