SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


27 Julai 2012

Kerana Mukhriz, Mahasiswa UUM Diperlekeh?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Rentetan hasil sebuah kajian daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) mengenai ramai yang mahukan anak tokoh negarawan, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai menjadi Menteri Besar Kedah telah dijadikan bahan mainan oleh segelintir pihak. 

Dapatan kajian yang melibatkan 10,800 responden rakyat Kedah tersebut mendapati Datuk Mukriz meraih kepercayaan tertinggi dengan (67% responden Melayu; 78% responden Cina & 71% responden India), berbanding Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Datuk Mukhriz sebagai MB Kedah bukanlah isunya. Sebenarnya, dapatan yang membuatkan mereka tidak senang duduk adalah apabila 54% tidak mahu kerajaan PAS dipilih semula di negeri Kedah dengan 47% percaya masa depan orang Melayu adalah lebih baik sekiranya BN menjadi Kerajaan bagi negeri Kedah.

Komentar yang berbentuk kritikan yang berbentuk cacian telah membangkitkan kemarahan mahasiswa (UUM).

Antara cacian yang dilemparkan di Malaysiakini

UUM sejak dahulunya U paling cokia dalam malaya??

Ini pula respon mahasiswa UUM & masyarakat berilmu dan beradab.

Mereka berbangaa menjadi mahasiswa UUM. 
Proud to be apart of UUM.

MU percaya ramai sedia maklum setiap penyelidik terikat dengan etika-etika penyelidikan yang menjadikan kajian mereka itu fakta. Setiap hasil kajian akan dibentangkan dan melalui proses tertentu sebelum kajian tersebut diiktiraf. Sepastinya banyak berbeza antara golongan akademik dengan pencacai yang hanya tahu bermain dengan auta serta mengelirukan fakta yang ada. 

Orang kata, kerana mulut badan binasa. Ijazah tinggi mana sekalipun, tanpa budi bahasa hanyalah kosong dan tidak berguna. Maaf jika MU katakan antara sebab pembangkang sangat ‘sayang’ dengan UUM, kerana pengasasnya ialah Tun Mahathir. Sintok yang dahulunya lembah hitam, dibangunkan menjadi pusat ilmu. Mungkin UUM bukan bertaraf Apex, namun lihat sahaja para alumni yang lahir dari UUM itu sendiri.

p/s: Cuba cek yang kaki maki tu, tah-tah ijazah pun ijazah beli. kahkahkah.

Tahniah mahasiswa UUM yang ada semangat sayang & cintakan universiti.

3 ulasan:

  1. UUM tu sejak dulu dikenali sbg U yg plg cokia dlm malaya??? Tak guna kita berhujah dengan manusia yang tak tahu apa-apa. Bergaduh dan berdebat dengan orang bodoh, membuatkan kita sama shj seperti mereka.

    BalasPadam
  2. biarla org nk ckp pe,, kite jgn cpt melatah,,, jnji blaja kat uum kite dapat ilmu,,,,

    BalasPadam
  3. Panas ati bace org condem UUM..mmg betul kalo xde budi bhse ne,xgune bljr tggi mane sklipun..org yg xtau situasi sbnr & maen dgr cte je mmg xkemane la..im proud of my University,UUM..!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?