SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


12 Julai 2012

PRU13: Tolak Najib Untuk LGBT


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

LGBT Dipersoalkan dengan konsep 1Malaysia ?
Surat di Malaysiakini ini membuktikan bahawa inilah jawapan mengapa DS Najib tidak henti-henti diserang oleh pembangkang. Lihat sahaja pelbagai isu yang dipermainkan semata-mata untuk menggulingkan Kerajaan kepimpinan DS Najib. Isu Scorpene, kematian Altatuya serta isu-isu yang melibatkan keluarga DS Najib terus dicanangkan oleh pembangkang.

Jatuhkan DS Najib jika DS Najib tidak sokong LGBT? Dikaitkan pula dengan konsep 1Malaysia?

Jika untuk memperjuangkan LGBT undi rakyat adalah untuk mereka, maka kesilapan yang besar untuk mereka. Ya, silap besar.

Kuasa undi 40% ?
Lihat formula 40% sebagaimana yang dicanangkan oleh pengirim surat ini. Semuanya dengan 10% geng LGBT dan kemudian menghasut 10% untuk menyokong dan seterusnya bercambah dan bercambah. Adakah ada di antara 40% yang akan mengundi LGBT itu beragama Islam atau sekadar bertopengkan Islam?

Mereka yang terdonktrin dengan kebebasan yang dibawa oleh Irshad Manji mungkin adalah antara yang akan menyokong. Lesbian yang diangkat menjadi tokoh liberalisme. Fahaman yang memperjuangkan kebebasan dalam kehidupan tanpa keterikatan dengan konsep keagamaan dan menuntut hak sama-rata.

Islam itu indah. Islam memperjuangkan kebebasan namun kebebasan itu bukanlah kebebasan yang mutlak (100%).  Ada batas-batas yang menghadkan dan bukanlah sebagaimana pendefinisian kebebasan di sisi masyarakat Barat.

Terdapat 2 jenis kebebasan yang ada pada manusia menurut kefahaman Ustaz Sayyid Qutb dalam kitab tafsir Fi Zilalil Quran iaitu kebebasan yang bersifat kemanusiaan (dimuliakan oleh Allah) dan kebebasan yang bersifat kebinatangan (dihina oleh Allah).

Kebebasan manakah yang menjadi pilihan?

Kepimpinan yang mempertahankan Islam dan membantah LGBT ingin digulingkan manakala yang kepimpinan yang sonsang diagungkan.

Adakah Islam dalam ancaman? Tepuklah dada dan renungkan.

p/s: Ramadhan sudah hampir tiba. MU tolak LGBT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?