Salam perpaduan, salam 1Malaysia.
Macam mana exam? Moga yang terbaik untuk rakan-rakan MU.
Sebaik mengetahui demo tempoh hari majoritinya disertai
oleh mahasiswa daripada IPTS seperti KUIS, MSU timbul persoalan kenapa mereka
terlebih lantang hendak bersuara di saat majoriti mahasiswa daripada IPTA
sedang berjuang memperlengkapkan diri untuk peperiksaan akhir. Tumpuan bukan
lagi kepada Adam Adli bahkan siapa dibelakangnya.
Tapi tak kesahlah. Sempena musim demam exam ni, MU share
sikit result exam ‘mereka’ yang boleh dikatakan tiptop dalam demo tempoh hari
supaya terbuka minda kita sebagai mahasiswa. Harap termotivasi dengan apa yang MU kongsikan ni ya.
Nama : Shazni Munir Bin
Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun
Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan
pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)
Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun
Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana
terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan.
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R.
Sivarasa
Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun
Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang
memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun
tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian
akademik kurang memuaskan.
|
Oooppps, kalau geng-geng 4flat ni, mest MU tabik spring
lah. Boleh dipertimbangkan jadi role model.
MU kalau boleh tak nak letakkan bulat-bulat kesalahan ini
kepada mereka. Cuba difikirkan, kalau mahasiswa yang normal, bergantung baik pada
pinjaman PTPTN atau biasiswa Mara atau JPA, sanggupkah kita memperjudikan
peluang mendapat pinjaman atau biasiswa semata-mata untuk berpolitik?
Susah sangat ke nak jaga pointer atas 2.0? Kalau kita
tidak mampu bawa bidang yang diambil, bukankah kita boleh memilih menukar
jurusan atas nasihat dan pertimbangan melainkan memang something wrong somewhere pada mahasiswa tersebut. Kalau MU, gagal
sekali pun dah cukup serik.
Kenapa pula dalam banyak-banyak ipt yang ada, KUIS
menjadi pilihan? Hurm…
++ Untuk lebih input, sila ke blog ini: http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/01/hot-pencapaian-akademik-pelajar.html
p/s: Ketika ini mahasiswa/i sedang sibuk mengejar menjadi
pelajar cemerlang, bergraduasi dengan keputusan cemerlang untuk tempoh 3-4
tahun, tetapi mereka ini pelik dan mencurigakan. Mungkin gila dengan gelaran
mahasiswa semata-mata untuk mengkaburkan mata yang celik. Bukan apa, kalau
betullah seronok berpolitik, buat apa masuk universiti? Berhenti belajar dan
terus sahaja aktif politik. Kan tak adalah yang dikejar tak dapat, yang
dikendong berciciran.
#macam manalah yang lain-lain boleh terpengaruh?
MALANGNYA NASIB KEPIMPINAN POLITIK MALAYSIA. TERLALU RAMAI YANG TAK BEROTAK AKTIF DALAM POLITIK. PENGUNDI PULAK MUDAH TERTIPU OLEH PENCACAI BODOH INI. KITA PERLU TRANSFORMASI POLITIK BAGI MELAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN YANG BIJAKSANA DAN BERMORAL.
BalasPadam