Salam
perpaduan, Salam keamanan.
9 Januari 2012 berlalu, akhirnya ia berakhir tidak seperti igauan peristiwa 9 Julai
2011 yang lalu.Tidak dapat dinafikan, ada juga kekacauan dan katanya juga ada sesi letupan. Jelas nyata, keputusan mahkamah harini banyak mempengaruhi emosi dan persepi pelbagai pihak. Kenapa?
Kerana si tertuduh yang bersalah telah didapati tidak bersalah dan bebas.
Malaysiakini |
Kurang 5 minit, segalanya berubah. DSAI
tidak bersalah.
“
Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru,
mahkamah hanya ada keterangan Saiful.
Oleh
kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan
berdasarkan keteranga Saiful. Tertutuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,”.
-
Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah,
Hakim
Mahkamah Tinggi,
Kini
jelas, institusi kehakiman negara kita bebas dan adil. Bukan sebagaimana
tuduhan yang dilontarkan. MU percaya pada kedaulatan undang-undang dan
keluhuran Perlembagaan. Bagaimana anda?
Mungkin
juga itu hadiah atas tekanan kepada institusi kehakiman?
" Dan kita jangan lupa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa,".
- Abdul Aziz Bari
Apa
mungkin MU mampu berhujah sebagaimana mereka yang memang sudah bidangnya. Serahkan pada yang pakar dalam bidangnya.
Sebagai
mahasiswa, andaian yang mungkin boleh dibuat, kita perlu percaya mahkamah telah
membuat keputusan terbaik. Tambahan pula, perbicaraan hari ini mengenai moraliti.
Ibarat kes-kes yang pernah dibicarakan di mahkamah sebelum-sebelum ini, cumanya
berbeza auranya kerana siapa tertuduhnya. Seorang pemimpin parti pembangkang.
Apapun,
kembali kita melihat dari perspektif mahasiswa. Bicara tentang keamanan, itulah
yang diharapkan. Kampus aman, bebas dari anasir-anasir seperti demonstrasi
sebagaimana yang telah berlaku pada awal baru ini.
Bagaimana pula dengan nasib Adam Adli?
Sebelum
Himpunan ke UPSI ? |
Selepas
Gunakan hak berfikir sebelum hak
bersuara !
p/s:
Keputusan telah pun diberikan dan harapnya tiada lagi la perhimpunan macamni lagi
kelak. Takut nanti dah jadi kebiasaan pula. Demo, demo dan demo. Well said, gunakan hak berfikir sebelum
hak bersuara. Orait?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan