SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan 901. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan 901. Papar semua catatan

09 Januari 2012

901| Anwar & Institusi Kehakiman BEBAS tapi TIDAK Adam Adli


Salam perpaduan, Salam keamanan.

9 Januari 2012 berlalu, akhirnya ia berakhir tidak seperti igauan peristiwa 9 Julai 2011 yang lalu.Tidak dapat dinafikan, ada juga kekacauan dan katanya juga ada sesi letupan. Jelas nyata, keputusan mahkamah harini banyak mempengaruhi emosi dan persepi pelbagai pihak. Kenapa? Kerana si tertuduh yang bersalah telah didapati tidak bersalah dan bebas.

Malaysiakini


Kurang 5 minit, segalanya berubah. DSAI tidak bersalah.

“ Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keteranga Saiful. Tertutuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,”.
-          Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah,
Hakim Mahkamah Tinggi,  
 

Kini jelas, institusi kehakiman negara kita bebas dan adil. Bukan sebagaimana tuduhan yang dilontarkan. MU percaya pada kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Bagaimana anda?


Mungkin juga itu hadiah atas tekanan kepada institusi kehakiman? 


" Dan kita jangan lupa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa,".
- Abdul Aziz Bari


Apa mungkin MU mampu berhujah sebagaimana mereka yang memang sudah bidangnya. Serahkan pada yang pakar dalam bidangnya.

Sebagai mahasiswa, andaian yang mungkin boleh dibuat, kita perlu percaya mahkamah telah membuat keputusan terbaik. Tambahan pula, perbicaraan hari ini mengenai moraliti. Ibarat kes-kes yang pernah dibicarakan di mahkamah sebelum-sebelum ini, cumanya berbeza auranya kerana siapa tertuduhnya. Seorang pemimpin parti pembangkang.

Apapun, kembali kita melihat dari perspektif mahasiswa. Bicara tentang keamanan, itulah yang diharapkan. Kampus aman, bebas dari anasir-anasir seperti demonstrasi sebagaimana yang telah berlaku pada awal baru ini.

Bagaimana pula dengan nasib Adam Adli

Sebelum
Himpunan ke UPSI ?

Selepas

Keputusannya: Adam Adli Abd Halim digantung 3 semester. 
SMM pula nak bawa ke mahkamah.

++++


Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara ! 



p/s: Keputusan telah pun diberikan dan harapnya tiada lagi la perhimpunan macamni lagi kelak. Takut nanti dah jadi kebiasaan pula. Demo, demo dan demo. Well said, gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara. Orait?



901| PROVOKASI mereka di pagi hari

Salam Perpaduan, Salam Keamanan.

Ramalan dan andaian demi ramalan telah dibuat tentang himpunan pagi ini. Bila dalam keadaan macam ini, kita lebih kepada cenderung kepada andaian yang negatif. Betul? Apapun, prepare for the worst.

MU ada terjumpa link untuk tengok himpunan ini secara LIVE. Cuma rasanya, harap yang meng LIVE streaming janganlah terlalu fokus pada skrip-skrip yang ada. Siarkan realiti apa yang ada. Maklumlah, nak rakam 100,000 yang ada.

Jom tinjau-tinjau. Manalah tahu, ada rakan-rakan kita yang terMC daripada masuk exam hari ni ke?

Langit masih gelap| Ni pukul berapa ni dah kumpul ?








Bila sang suria bangun pagi,





Sesi agihan baju tu....


Anyone boleh tolong translate?

Free Anwar 901

Bertopeng AI| Dah macam aper dah

Hakim Pao| Tegakkan keadilan ?

Rakyat Hakim Negara| Institusi kehakiman dicabar ?

++++ eh, ada lagi ?
Adam Adli & Safwan Anang| Kehadiran yang memang dijangka.




Sumber gambar: PDRM, BH, Double Y.

Oops, jangan lupa petang ni perbincaraan di UPSI pula. Mungkinkah semua yang ada akan berarak ke UPSI pula?

Mungkinkah sebagaimana ramalan ini akan berlaku? <Ramalan CST>

p/s: Harap tiada apa yang buruk berlaku. Berkumpul, berhimpun dan bersurai dengan aman ya.






08 Januari 2012

Himpunan 901: Mungkinkah Aman ?


Salam perpaduan, Salam keamanan.


 Mungkinkah perhimpunan itu hanya sekadar perhimpunan ?
Berkumpul & Bersurai dengan aman ?
MUNGKINKAH ?

  Hari ini, sudah 8 Januari. Kurang dari 24 jam lagi hari esok tiba. Rasa bimbang mula terus menerjah akan hari esok. Adakah esok masih ada?

Keputusan pihak PDRM yang memberikan lampu hijau bagi penganjur mengadakan perhimpunan 901 di kawasan letak kereta awam di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Jumaat lepas nampaknya belum mampu memuaskan hati penganjur. Mana tidaknya, mereka MENOLAK 10 syarat yang dikenakan ke atas mereka. <KLIK untuk lebih lanjut>

Perhimpunan 901| Penganjur enggan akur ?
++++++
 10 Syarat bagi Penganjur & Peserta Perhimpunan 901

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

+++++

  “Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang.

Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,”.
–Azmin Ali



Pembangkang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan perhimpunan yang dirancang di Kuala Lumpur pada Isnin ini berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

Tanggungjawab mereka (ialah pastikan) jangan ada kumpulan-kumpulan merosakkan harta benda awam dan mencetuskan keadaan yang menjejaskan keselamatan awam,”.
 -TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Syarat-syarat dibuat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, tetapi ditolak pula.
MU bukannya apa, berkali-kali jugalah MU buka klip video Bersih, video demo di UPSI. Cuba melihat dengan waras. Andai katalah, berlaku sebagaimana peristiwa 9 Julai 2011 itu kembali atau mungkin lebih teruk dari itu, lebih baik padamkan sahaja tarikh 9 Januari 2012. Tak sangka, nombor 9 ibarat satu sihir yang menggugat kedaulatan dan keamanan negara tercinta.

Esok, apabila FRU, polis dan mungkin juga pihak tentera menjalankan tugas mereka, janganlah kelak ada yang mencerca mereka. Mereka menjalankan tugas, menjaga keamanan dan keselamatan. Harap tiada lagi drama-drama a.k.a cubaan membunuh diri dilakukan.

p/s: Abang, kakak, adik… Negara kita dibina bukannya sehari dua, tapi ia mampu musnah sekelip mata. Jadilah tangan-tangan yang membina bukannya yang membinasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?