Dahulu,
MU sudah beberapa kali berceloteh tentang tuntutan pendidikan percuma oleh
sekumpulan mahasewel yang percaya tuntutan mereka ini akan dilaksanakan
sebagaimana di dalam Buku Jingga. Antaranya, di SINI dan SINI. Mereka percaya menjadi hak
mereka untuk mendapat pendidikan percuma dan itulah harga undi anak muda.
Baru-baru
ini, Adam Adli & the geng dilaporkan telah mengadakan forum pendidikan
percuma bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM). Cuba untuk menyebarkan
fahaman mengenai pendidikan percuma, tanggungjawab mereka sebagai agen-agen
PKR, DAP, PAS, SUARAM dan SOSIALIS. The
Geng ini termasuklah Karthic, Haris dan Ong Jin Cheng yang hadir
bersama-sama sebagai panelis forum.
Tokoh
Listen, Listen, Listen Bawani KS daripada UUM juga dilaporkan turut hadir
bersama-sama bagi menyatakan sokongan beliau terhadap agenda pendidikan
percuma.
Siapa
yang tak suka apabila semuanya percuma, namun layakkah kita untuk pendidikan
percuma sebagaimana yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara lain di
dunia? Bagaimana sebenarnya Kerajaan caturkan peruntukan untuk pendidikan?
Moga
perkongsian daripada1Aspirasimampu membuka mata
dan hati. Baca dan cakna…
p/s: Mereka akan terus melalak mengenai pendidikan percuma, menuntut agar PTPTN dimansuhkan. Yang pasti, MU percaya mahasiswa intelek pasti boleh menilai mana satu yang realiti dan fantasi.
“...
Kita boleh mansuh PTPTN, tapi orang minta mansuh sahaja yang terlibat,”.
Tun
sokong PTPTN dimansuhkan? Pasti bekejar keriangan kumpulan anak
muda yang ‘berjuang’ agar PTPTN dimansuhkan. Tahniah, usaha kalian membuahkan
hasil. Memang tak terupaya rakan-rakan Aspirasi nak bersaing dengan geng kaki
demo ni.
Sebelum mencurahkan air di tempayan, kita baca sama-sama
dulu artikel bawah ni.
“ Jika kita melihat orang Jepun, mereka sangat pemalu.
Sekiranya mereka buat salah, ada yang sanggup bunuh diri. Tetapi orang kita
kurang malu, dah keluar masuk penjara pun masih tak malu-malu,”. Tun M.
Haa.... Yang pandai berdemo tu, silalah belajar untuk MALU.
Ini
MU petik apa yang disampaikan oleh Tun M. Agak-agaknya, apakah respon yang
sepatutnya oleh anak muda? Duduk &
Bantah ? Ataupun, kita sahut ini
sebagai cabaran?
p/s: KlikSINIuntuk melihat aksi-aksi
anak muda yang syok sendiri.
Kita, orang Malaysia terkenal dengan budaya Timur, kita juga sebagai rakyat Malaysia berikrar akan 5 Rukunegara:
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan
kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan
dan kesusilaan.
Tapi apa yang menariknya kini, budaya berDEMONstrasi sudah sinonim dengan rakyat
Malaysia. Baik dari yang kecil hingga yang besar, dari yang muda hinggalah tua.
Oh ya, paling tepat sinonim juga dengan ‘mahasewel’.
Tak cukup dengan ideologi mansuhkan PTPTN dan mentaliti
subsidi, nilai agama yang dipertaruhkan. Kagum apabila yang menjadi kepalanya
itu bergama Islam. Orang-orang kuat pun beragama Islam.
Ish Ish Ish. Cuba cerita, apa
kes ni?
DEMO PTPTN GAGAL
DULU, Keranda + Batu Nisan,
KINI, Batu Nisan + Kalungan Bunga
Berapi-api kata sampai 5000 mahasiswa, ni 300 pun dah untungla kot?
Balik-balik, muka yang sama jer.. Bro. Tak serik-serik.
Sifu yang turut berada di lokasi. (Tian Chu + Nurul Izzah + Dr S Jeyakumar)
Aik Pak Cik ? Adakah Pak Cik ni kebetulan terDEMO sekali ?
PTP TIPU ? Siapa yang TIPU Siapa ni Bro ?
++++
Agak-agaknya, kalau ada yang buat perkara yang sama dekat ibu atau ayah pendemo-pendemo ni, COOOLL la kot.
Kami tidak akan kagum dan akan sesekali berterima kasih, bahkan
kami malu kerana kalian yang hanya minoriti itu, mencemarkan kedudukan kami
(majoriti) mahasiswa.
___________ p/s: Apabila Tun Dr Mahathir tentang apakah cabarannya
yang terbesar semasa menjadi pemimpin selama 22 tahun, Tun menjawab; Saya
kesal kerana gagal mengubah mentaliti rakyat Malaysia untuk menjadi lebih baik.
MINDSET itu penting.
Terima kasih Tun, atas jasa dan pengorbanan Tun sepanjang
kepimpinan Tun hingga kini.
I yakin, sudah ramai mahasiswa di luar sana yang mengenali Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kan. Takkanlah tak kenal, muka dia di mana mana. Nama melonjak naik, kalah artis popular Malaysia. Eh?
Tapi, korang tahu tak kenapa Syukri nie beriya iya mahu berdemo di UPSI?? Tak tahu lettew. Mari kita sama sama menjawab persoalan di bawah:
Betul ke abang kepada Pengerusi SMM sebenarnya adalah bekas pelajar UPSI??
Haaaaaa. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Patutlah semangat sangat kawan kita nie pergi berdemo kat UPSI. Mungkin beliau ingin mengimbas kembali sejarah hantar abang belajar dulu. Menentang arus. Menentang kerajaan, ayah, abang dan guru guru. Orang macam nie idola Adam Adli?
AHMAD SYUKRI CHE AB RAZAK
"Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Lagi sekali? Haih: [SUMBER]
MANA DIA BEKAS PELAJAR UPSI???
JENG +
JENG
+
JENG
+
+
*konon saspen lah?*
TARAAAAAAAAA!
AHMAD SUBHI MARZUKI CHE AB RAZAK
Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia
Program AT04 - Bimbingan dan Kaunseling
Ayah bekerja sebagai seorang GURU.
Tamat belajar di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS pada tahun 2007
Mantan Jawatankuasa kolej kediaman UPSI
Pekerjaan terkini sebagai GURU di SMK Seksyen 5
AHLI LEMBAGA PENGARAH PASTI MALAYSIA
Jelas sekarang? Salam perkenalan buat saudara Ahmad Subhi ;p
Selamat pagi, salam perpaduan, salam Aspirasi dan salam 1Malaysia.
Skema kemain I hari nie ye? Sebenarnya, pepagi yang nyaman nie I nak membincangkan isu yang sedang hangat bak pisang goreng Mak Jemah tepi jalan pergi Kuala Perlis tu. Ehem.
LYNAS.
Kenapa projek ini dipolitikkan? Believe me or not, bila mereka yang membangkang ini memerintah nanti, kilang LYNAS akan tetap dibina sebab ia merupakan salah satu sumber ekonomi negara. No? Tipulah kalau suatu hari nanti diorang tak bawa LYNAS kembali bila diorang memerintah. Jenis jenis meludah ke langit nie kita bukannya boleh kira sangat. Tak gitu?
Pemahaman simple yang I dapat from my friend,
"Lynas in simple explanation. 'Nadir bumi' itu adalah seramik. Dinding bilik/rumah kita penuh dengan seramik. Ia adalah radioaktif yang very mild. Seramik yang sama digunapakai untuk buat smartphone, TV LCD, notebook, etc. Suddenly benda benda yang dah biasa ada keliling kita, untuk buat kilangnya, kita taknak. Langsung tak logik"
-my friend lah :)
Satu kelemahan kita rakyat Malaysia nie, bila dibisik dengan perkara negatif, langsung terus lupa untuk mencari kebenarannya. Bukan macam tu? Contohnya lah kan, contoh: "LYNAS nie akan bagi kesan radiasi, nanti anak cacat, bla bla bla," Hamboi, kemain kau Senah ye? Yang bergayut telefon berjam jam tu bukan radiasi ke akak?
Nah tengok banyak mana kita terdedah kepada radiasi setiap hari tanpa LYNAS.
-Dedahan radiasi kepada paru-paru apabila kita merokok sekotak sehari selama setahun (150smSv)
-Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9smSv)
-Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8 jam sehari selama setahun (0.02smSv)
-Dedahan radiasi oleh kilang LYNAS pada orang awam selama setahun (0.002smSv)
Tahulah awak ikon student power tu, ikon yang dipuja puja dibangga bangga. Ceh! Dahlah. Awak memang suka eh demo demo nie? Asyik baca pasal awak kat blog, bukak youtube tengok muka awak, boleh jatuh cinta tau! Sampai ke Pahang nun awak berjalan, banyak duit bang? Dapat sponsor ke? Hehe.
Okay macam nie lah. Cuba baca ayat di bawah dengan nada paling kuat, fahami dengan sungguh sungguh, masukkan dalam otak, dalam hati. Boleh?
WE ARE NOT ALL ADAM ADLI.
Faham? So Adam Adli, tolonglah jangan suka suka hati buat statement macam awak tu ketua semua mahasiswa dalam Malaysia nie? Eh, saya tak mengiktiraf ketuanan awak tu tau. Cuba belajar sebut macam nie, "Kami sebahagian kecil mahasiswa, bla bla bla.." Boleh? Kalau tak boleh cakap macam tu, nak macam cool sikit boleh cuba ayat ini, "Kami mahasiswa yang seciput, turun berdemo, bla bla bla..." Cer try praktis sedar diri sikit. Boleh? Tak boleh jugak? Patutlah kena gantung belajar.
Konon sanggup kena buang universiti bagai demi rakyat Malaysia. Ada diorang kisah pasal awak? Tak payah nak cari publisiti murahan sangatlah. Tak payah nak jadi hamba politik sangat lah. Boleh? Tak boleh jugak? Awak nie apa yang boleh? Demo je eh?
Dahlah. Malas cakap banyak pasal awak. Saya cuma mampu berdoa semoga suatu hari nanti, Allah akan turunkan hidayah-Nya, memberikan petunjuk kepada awak dan rakan rakan. Tak perlu nak student power sangat, kalau betul awak student yang power, tak kena gantung lah. Betul tak?
Saya mahasiswa dan saya menyokong LYNAS. Saya percaya ramai lagi mahasiswa yang turut menyokong LYNAS nie sebenarnya. Sekali lagi saya tegaskan, jangan gunakan nama mahasiswa sebagai alasan. We are not all Adam Adli. Saja nak ulang banyak banyak kali. We are not all Adam Adli. #okbai
Konklusi yang dapat I buat, we are what we eat. Tetiba. Kalau you sokong LYNAS, then sokonglah. Kalau tak suka then tak suka lah kan? Nak buat macam mana. But, please go find the truth. Jangan asyik mendengar dan mencerna maklumat dari mulut orang. Orait? Jangan baca satu blog, kendian terus buat konklusi sendiri. Jangan jadi manusia tipikal dan pemalas atau selamanya kita hidup dalam keadaan serba tidak tahu.
Antara list bahan bacaan yang menarik untuk dibaca kalau you all betul nak tahu pasal isu ini:
Pagi pagi dah peningkan diri sendiri. Dah lah. Bagi yang ada kelas tu, boleh lah mandi siap siap, yang tak ada kelas tu, buatlah apa yang patut. Apa yang penting, have a nice Tuesday! Salam :)