SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


20 Januari 2012

Hero Heroin UGUT PM


Salam perpaduan, Salam keamanan.

Harini MU terpanggil untuk menulis artikel tentang keberanian mahasiswa masa kini. The Hero & Heroin of The Year. Elok bebenarlah jika digandingkan. Paling tidak hero dan heroin muka buku. Heronya Janatarna V Chandra, manakala heroinnya Peinne Teoh.

The Hero| Janatarna V Chandra
“Najib is coming to our campus…..Lets bomb his helicopter”


 +++

The Heroin| Peinne Teoh
“butuh Najib, u naik kapal terbang. Nanti saya tembak kapal terbang awak”


MU kurang faham, kenapa kita sebagai mahasiswa perlu ugut nak bunuh Perdana Menteri kita? Kalau betullah gurauan sebagaimana kenyataan hero ini, apa jenis gurauanlah yang datang dari mahasiswa di musim peperiksaan ini.  Nyawa bukannya bahan gurauan, tak kisahlah ugutan ke atas siapa pun. Inikan pula  YAB Perdana Menteri.

Tahukah bahawa gurauan ugutan seperti ini boleh didakwa di bawah
Seksyen 506 Kanun Keseksaan
Hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali

MU tak tahulah kalau ada mahasiswa yang menanggap status sebagai mahasiswa yang sedang menduduki peperiksaan itu besar sehingga bergurau begini rupa. Entah-entah beranggapan paling tidak pihak Polis akan bebaskan bagi ruang untuk menduduki peperiksaan. Mungkin juga beranggapan perkara seperti ini hanya perkara remeh semata-mata.

p/s: Seronok kalau title hero dan heroin tu adalah atas perkara yang baik. Ni sebab gurauan nak bunuh PM pulak. Gunakanlah kebebasan bersuara dan teknologi sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?