UPSI SIRI 1.....
Salam perkongsian...
Salam perkongsian...
Tahun 2002
MPPUPSI ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh Amir Hamzah dan Ust Fauzi. Ustaz Fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. Ust Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di UPSI. USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
Bagi menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP Beliau ialah saudara Shahruddin. Juga digelar Sharudin songkok tinggi. Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini UPSI dan pegawai HEP nya sememangnya menyebelahi pembangkang. Inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu. Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak puak pas kerana didalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.
Tahun 2003
Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan. Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI. Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro-pas. Gerakan pro-pas pula mendapat dana yang disalurkan oleh pertubuhan luar.
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat 14 kerusi dan aspirasi mendapat 12. YDP MPPUPSI dipegang oleh Ust Fauzi Bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, Fauzi Bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di UPSI.
Tahun 2004
Gerakan MPPUPSI lebih menyengat semasa zaman Dato' Dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain. Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro-pas. Rupanya pro pas menang dikampus keranan bantuan hep ketika itu. Sehingga sekarang pegawai tersebut masih lagi berada di UPSI.
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula gentar dengan movement aspirasi..Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.
Pada tahun ini, MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul (dihantar mengajar ke Sarawak atau Sabah tak silap) dan NYDP Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di Batu Pahat. Najib membawa watak agama yang tinggi sehingga membuktikan bahawa kumpulan Fauzi Bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan Islam. Kabinet MPP dikuasai oleh pihak aspirasi.
Tahun 2005
PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi. Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat dimana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR...(Kolej Harun Aminurashid).Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat speaker corner oleh pihak universiti. Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan. Namun, di bawah pimpinan saudara Faizul, Najib bersama rakan rakannya, aspirasi menang buat kali kedua. Aspirasi mewujudkan sayap sahabat mahasiswa universiti.
Tahun 2006
Akhir tahun 2005, jawatan TNC HEP Dato' Dollah tidak disambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum.Puak-puak pembangkang semakin aktif dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar dikolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.
Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan diantara ahli aspirasi itu sendiri yg dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh Mohd Faiz. Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2. Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro-pas di kampus.
Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya. Semua ini adalah permainan Prof Aminah seorang Naib Canselor yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.
Tahun 2007 hingga sekarang
Peninggalan Prof Aminah sebenarnya yang menyebabkan UPSI tunggang langgang dan mahasiswa upsi lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. Prof Aminah gagal dalam mengawal gerakan pelajar UPSI. Prof Aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan . HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di UPSI sehingga sekarang. Bagi Prof Aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus. Akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari UPSI.lahirlah mahasiswa UPSI yang kurang ajar. Sekiranya Prof Aminah bertindak dengan cekap bersama HEP, sudah pasti UPSI dapat diselamatkan.Tahniah kepada UST FAUZI BAIN dan PROF AMINAH MANTAN VC UPSI.
(sumber : BK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang kampus UPSI yang tidak dipandang kerajaan BN. Di hina, di caci dan di fitnah oleh pro-pas dan pkr kerana mempertahankan kerajaan. namun, sia-sia perjuangannya. Tetapi atas dasar perjuangan agama dan bangsa, beliau menjadi guru wibawa di Malaysia)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bakal guru lepasan UPSI berdemo supaya mudah mendidik murid sekolah dengan berdemo apabila dirotan guru besar atau pengetua. Bakal guru yang akan berdemo apabila ditukarkan ke sekolah lain berdemo depan PPD atau JPN. |
Bakal guru berjumpa Sanusi Mohamad Nor yang juga supol MB Kedah. Sanusi juga merupakan salah seorang thinker pas di USM. |
Lepasan ISMP yang belajar di upsi pun berani berdemo. kenapa mereka yang belajar di IPG elok duduk diam dan waras. mengapa bila belajar jadi guru lepasan upsi semua berdemo. inilah yang dikatakan guru lepasan IPG lebih berkualiti dan beradab daripada guru lepasan UPSI. Bukan semualah. yang spesis adam adli dan dalam gambar ni |
Terima kasih. Sumber dari -->KLIK SINI
........................................................................................................................
Apakah yang dikatakan oleh Saudari ini ada benarnya??
Nurul Nadirah Fazmin Narawi, Pelajar Jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia:
"Molek kiranya jika kita menghayati sejarah UPSI dan mengkaji apakah kesan terhadap masyarakat khususnya dengan tindakan mereka."
kenyataan lanjut....KLIK SINI
tahniah mahasiswa utara dah masuk alexa malaysia rank 8,599! keep up good werk dudes!
BalasPadamnice one mahasiswa utara...rare nih..haha
BalasPadamjgn biarkan sejarah berulang kembali..kembalikan nama baik UPSI.. aspirsi UPSI perlu lakukan y terbaik..dan pasti aspirasi semalaysia menyokong anda...
BalasPadamPenulis pelajar upsi???maklumat dari mane la penulis ni kutip...
BalasPadamuntuk makluman smua..smua maklumat diatas adalah benar memandangkan sy merupakan bekas pelajar UPSI yang menjadi tunjang ASPIRASI pada waktu itu. pd sy, NC UPSI perlu lebih tegas dlm membendung kemelut UPSI...mn perginya NC upsi apabila berlakunya msh ini...disebabkan ketidaktegasannya..menyebabkan adam adli melakukan perkara sedemikian..
BalasPadamSalam maklumat yg dipaparkan diatas tidak berapa tepat dari beberapa aspek. kalau nak tau hal sebenar baik tanya orang yang sebenarnya terlibat dan namanya pun disebut dalam cerita diatas
PadamBetul tu... Kembara Dunia..
PadamAda beberapa cerita yg tersasar dari jalan cerita sebenar..
ex-mpp 2003