SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


05 Januari 2012

Perhimpunan 901: Kalau BATAL boleh tak?


Salam perpaduan, Salam keamanan, Salam 1Malaysia.

Sehingga jam 2.00 petang harini, sudah 530 laporan polis telah dibuat bagi membantah Perhimpunan 901, perhimpunan Bebas Anwar yang akan dijadualkan pada hari perbicaraan sebagai tanda sokongan kepada pemimpin mereka. Tak mustahil angka tersebut akan terus meningkat dan meningkat.

Tertarik dengan beberapa kenyataan ini:
Saya sebagai orang pernah yang termasuk dalam kumpulan pendidik, saya nak anak saya duduk mentelaah supaya semuanya dapat first class honours. Kita takluki Cambridge, kita takluki Oxford, kita takluki Azhar, kita takluki universiti-universiti yg terhebat di Saudi Jordan & sebagainya di jepun, kalau ini berlaku saya yakin kita akan letakkan batu asas rather than us, you and me get involve unnecessary kepada benda-benda yang boleh disifatkan sebagai mual.
–Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.
# yang ni nasihat. MU tolong sampaikan.

++++
Jangan sampai saya & the geng hilang kesabaran. Jangan sampai kami cetuskan sesuatu yang mereka tak boleh angkat kepala nanti..
 - Ummi Hafilda Ali

++++++
Perhimpunan 901 BOLEH diteruskan namun perlu pindah tempat?

Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum .

Pendekatan dari sudut undang-undang dan peraturan. Ia telah bermula dengan kenyataan menasihatkan prang ramai dan penganjur supaya tidak hadir dan batalkan perhimpunan berkenaan.

Sekiranya nasihat tidak diendahkan, pihak polis akan menggunakan elemen penyuraian seperti FRU, meriam air dan gas pemedih mata sekiranya ia mengancam keselamatan awam.
Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara.

+++++++++++++++++
Apa pula kata Tun M?



Bila Tun sebut tentang ‘kanak-kanak yang digunakan’, MU terasa imej mahasiswa itu sudah terjatuh dari tempatnya meskipun bahasa itu sebenarnya lembut. Apapun Tun M tetap idola MU.

Ingat lagi kata-kata ini?
..Waktu kita berdemonstrasi, tak mungkin kita belajar.
..Tak semestinya pandai berdemonstrasi, pandai berpolitik.
..Ibu bapa sanggup berkorban duit beri pelajaran demi masa depan kita, masa depan masyarakat khususnya orang Melayu
..Esok, dah keluar universiti, dah dapat apa yang dikejar, nak berpolitik, berpolitiklah
-Tun M


# Mood MU hilang seketika selepas melihat gambar dan info demo di USM.

Malam Candle Light| Untuk Adam & Safwan ?



  
p/s: Kalau ada rakan-rakan MU yang nak turut sama dalam perhimpunan ni, khususnya rakan-rakan mahasiswa, kita ada tanggungjawab lebih besar yang lebih nyata. Agak keterlaluanlah untuk MU menghalang rakan-rakan terlibat dalam perhimpunan ni, cumanya adalah lebih baik untuk tidak turut serta.

Ni belum lagi 9 Januari, tapi dah ada 2 demo oleh mahasiswa. Ada dalam 4 hari lagi sebelum 9hb. Tah kat U mana lagi lah pula lepas ni. Kalau Perhimpunan 901 tu tak payah buat boleh tak? Kita hormat undang-undang yer.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?