Salam perpaduan, salam perubahan dan salam 1Malaysia.
Siapa yang tak sokong kan kalau demo tu demo untuk mansuhkan hutang PTPTN. I orang first akan berlari lari pergi demo. Hikhikhik. Tapi ingat dek non semua, hutang hutang nie tak langsai tau walaupun awak dah tinggalkan dunia nie. Tak halal tau. Baik bayar! Pandai awak cakap pasal duit rakyat segala, sekarang awak puln dah pandai nak makan duit rakyat eh? Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Hah, ini makan dia!
Hebat sangat kah SMM nie sampai boleh main pilih pilih tarikh pulak nak demo sana sini. Hamboi! Kecik kecik dulu minum susu cap apalah yang ketegaq sampai tegha nie taktau. Demo demo demo. Rakyat Malaysia nie sampai dah muak dengar perkataan demo tu okeh? Dah tak lalu. Dah jemu. Dah jelak.
Apa yang I nak cakap nie tak sedikit, banyaklah jugak nak menunjukkan kesengalan pihak SMM atau mungkin pihak parti politik pembangkang yang sengaja mahu menjatuhkan SMM. Serious nie. Pihak parti pembangkang atau lebih senang bagi nama terus lah kan, PAS, diorang memang sengaja nak menjatuhkan SMM. Juak SMM nie yang tak sedar kediri.
Tak percaya? Jom kita tengok sikit bukti yang ada.
Apa kata SMM? Bebas politik luar? |
PAS sengaja nak menjatuhkan SMM dengan kononnya menyokong tindakan SMM untuk berdemo. SMM yang buta hati nie seronok tak terkata bila ada back up besar yang nak sokong mereka sampai terlupa niat murni mereka untuk bebas dari politik luar. Meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. BUSUK!!!
See see? PAS memang sengaja nak bagi nampak SMM nie bercakap kosong, sebab tu en Mat Sabu kita nie keluarkan siap siap statement yang PAS akan menyokong demo yang dilakukan oleh SMM, sebab dia tahu SMM akan suka dan bahagia disokong PAS. Grrrrrrr. Leka dan alpa lah awak nie SMM. Kan dah nampak bodoh sendiri -.-"
Apa yang pasti, mahasiswa di luar sana masih ramai yang mampu berfikir dengan bijak, mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. I harap, rakan rakan mahasiswa tidak tersilap ambil langkah yang akan menjatuhkan nama sendiri, nama keluarga dan nama negara. Adios.
p/s: Malas cakap banyak walaupun macam dah agak banyak. Lu pikirlah sendiri!
nice entry.. :)
BalasPadamthanks TB :)
BalasPadam