Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Semalam, 21 Mac 2012 telah diadakan Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat Bersama
Perdana Menteri Bersama Warga Kampus di UiTM Shah Alam. Hampir 10,000 mahasiswa
baik dari IPTA dan IPTS telah turut bersama-sama dalam majlis tersebut.
Info Yayasan
Sukarelawan Siswa :
Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
mulai pada 24 Ogos 2011. Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut:
·
Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa.
·
Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
·
Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada
di dalam dan luar Negara.
·
Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan
global. Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk
semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.
Rakan-rakan mahasiswa yang berada di luar dewan. Ramaikan? |
"Jika 100 orang pelajar turunkan
bendera tempoh hari tidak bersama saya, di sini ada 10,000 orang bersama
saya"
-YAB DS Najib Razak-
Rakan-rakan dari Universiti Sains Malaysia (USM) |
Rakan-rakan dari KESUMA, Universiti Utara Malaysia (UUM) |
Nurul Nadirah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) |
Lihat sahaja, gambar-gambar ini. Pasti ini bukan sekadar omongan tin kosong.
We LOVE PM
Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan tiada gangguan dari rakan mahasiswa yang tak berapa nak mahasiswa. oopss ~
cayyaaa la..
BalasPadam