SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


08 Mac 2012

Cabaran Generasi Y Dalam Mempertahankan Negara


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

MU berkesempatan untuk bersama rakan-rakan siswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam satu ceramah yang Isu-Isu Semasa Keselamatan Dalam Negara yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Dato’ Dr Hj Abdul Rahman Hj Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan PDRM Bukit Aman. Ceramah ini memfokukan kepada cabaran generasi Y dalam mempertahankan negara. Ceramah tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan baik daripada mahasiswa dan juga oleh staf-staf UUM.

Sesi selama hampir 3 jam itu memberikan banyak info yang menarik khususnya dalam isu-isu semasa yang melibatkan mahasiswa. Sepastinya memberikan input bermakna kepada kami Generasi Y untuk lebih memahami politik kampus khususnya.

Daripada apa yang disampaikan, serba sedikit dapat menjernihkan kekaburan MU mengenai politik kampus. Mana tidak, kita sebagai mahasiswa tidak seharusnya bulat-bulat menerima apa yang dipaparkan di blog, twitter dan facebook semata-mata. Peluang untuk berada dalam ceramah, dengar dan memahami secara primer daripada penceramah di samping peluang untuk bersoal jawab secara langsung memberikan kepuasan kepada diri MU sendiri. Bukan apa, kita sebagai mahasiswa perlulah matang dan tidak bias dalam menilai dan menerima sesuatu fakta.

Antara perumpamaan yang mencuri perhatian MU ialah apabila penceramah menyifatkan gerakan mahasiswa kini ibarat nak telur namun ibu ayam dibunuh.

Apa yang disifatkan oleh penceramah ini ada betulnya. Sesuatu yang berbeza antara cara perjuangan Pro-Mahasiswa dan juga Aspirasi. Sebagai mahasiswa, kita sebenarnya sentiasa dibelai sebagai contoh dengan ditawarkan biasiswa dan juga pinjaman semata-mata untuk pengajian. Belum lagi tuntutan mahasiswa yang ditunaikan oleh Kerajaan. Antaranya, tuntutan pindaan AUKU.

Syukur, aspek pendidikan menjadi keutamaan oleh pihak Kerajaan. Namun begitu, di dalam kelantangan memperjuangkan suara mahasiswa itu, kita dapat melihat perbezaan antara Pro-Mahasiswa dan Aspirasi. Mungkin perlu lebih diterapkan rasa bersyukur di samping budaya kesopanan dan kesusilaan.

Dalam sesi soal jawab, Saudara Amer Izuddin, YDP MPPUUM juga turut menyatakan pendirian kepimpinan barisan Majlis Perwakilan Pelajar UUM yang mengecam tindakan tidak rasional serta menolak demonstrasi sebagaimana yang berlaku di IPTA lain. Sebagai pencinta aman kampus, MU turut bersetuju dengan saudara Amer.
__________________________________________
Beberapa persoalan MU tinggalkan:

Adakah AUKU menjadi beban kepada mahasiswa?
Adakah cukup hebat dengan simbolik tangan dalam setiap apa yang diperjuangkan?
Adakah kerana semula jadi jiwa muda mahasiswa yang suka akan agresif itu sebenarnya menjadi kunci mahasiswa terus diperalat dan diperkuda?
Perlukah revolusi sebagaimana yang berlaku di luar negara mencemarkan perjuangan mahasiswa yang sebenarnya?
Perlukah kita menjadi kebudak-budakkan semata-mata taksub akan sesuatu ideologi politik semata-mata?

Sekali lagi,
Sama-sama kita bezakan antara
Aspirasi dan Pro-Mahasiswa



p/s: Benarkah akan ada gelombang tsunami kedua? Moga ‘Student Power’ itu benar-benar membawa suara mahasiswa dan bukannya propa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?