SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


17 Mac 2012

#AmanKampus Fasa II: Hello Utara


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

16 Mac 2012, secara rasminya jelajah Aman Kampus Fasa II telah pun bermula di utara dengan ketibaan rakan-rakan Aman Kampus di Kolej Mara Kuala Nerang sekitar jam 6.00 petang.

Program pertama dimulakan dengan sesi ceramah perdana bersama Ustaz Amali B Ahmad Amhuri bertajuk Remaja Islam usai sahaja menunaikan solat maghrib berjemaah. Alhamdulillah, ceramah mendapat sambutan baik daripada warga kolej baik kaum muslimin dan muslimat. MU percaya, di ruangan majlis ilmu seperti inilah yang akan mengeratkan lagi  ukhwah kita sesama muslim.

MU petik antara kata-kata penceramah:
Sebagai umat Islam, kita hamba Allah, umat Nabi Muhammad S.A.W, kita bertangunggjawab terhadap Islam. Begitu juga tanggungjawab kita terhadap bangsa. Bukan kerana assabiyah tetapi dalam mempertahankan bangsa Melayu dan umat Islam.

Hari ini, 17 Mac 2012 jelajah Aman Kampus akan meneruskan lagi tentatif yang telah dirancang sepanjang tempoh 3 hari berkampung di Kuala Nerang. Dimaklumkan rakan-rakan Aman Kampus akan melaksanakan Info Siswa di sekitar Alor Setar pada sebelah pagi dan seterusnya bersama adik-adik Kolej Mara Kuala Nerang pada sebelah petang dan esok.

Ini buah tangan yang MU dapat dari sekretariat Aman Kampus.



Puas meskipun dah terlepas peluang masa Fasa I tempoh hari.
Terima kasih !

p/s: Bagi rakan-rakan yang nak tahu tentang perancangan Jelajah Aman Kampus boleh klik sini dan sini. Terima Kasih HE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?