SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label Aman Kampus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aman Kampus. Papar semua catatan

30 Jun 2012

Anak Muda Terus Bangkit Bawa #AspirasiMahasiswa


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.


Aman Kampus Di Bawah Bayu 2012
Anak Muda Turun Berbakti
28 Jun hingga 10 Julai 2012

#AmanKampusDiBawahBayu

KLIK SINI untuk update bersama rakan-rakan mahasiswa di sana.

p/s: Selamat Berbakti & membawa Aspirasi Mahasiswa.

02 Jun 2012

#AmanKampusKenyalang Hari Ke-3 di Saratok; Part 1

Salam Perubahan, Salam Aspirasi, Salam 1Malaysia.

Bas Jelajah Aman Kampus Kenyalang.
Pada hari ke-3 program Jelajah Aman Kampus Kenyalang ini, mereka bergerak ke Rumah Panjang Ngaluang yang terletak di Saratok. Perjalanan yang bermula pada jam 9 pagi mengambil masa selama lebih kurang 5 jam untuk sampai ke RP Ngaluang tersebut. Malah perjalanan mereka lebih mencabar kerana jalan yang menghubungkan RP Ngaluang dengan jalan besar masih lagi menggunakan batu crescent yang mengambil masa 15 minit perjalanan. 

Peserta bergerak masuk ke perkarangan RP Ngaluang.
Rumah Panjang Ngaluang diambil sempena nama Tuai Ghumah atau Tuan Rumah iaitu Ngaluang. RP Ngaluang mempunyai 34 buah bilik dan setiap bilik itu biasanya didiami oleh sebuah keluarga. Tuai Ngaluang merupakan Tuai Ghumah kepada semua 34 keluarga itu. Manakala setiap bilik turut mempunyai ketua bilik atau ketua keluarga kecil. Rumah Panjang ini juga sudah melalui fasa modenisasi kerana dibina menggunakan batu bata dan tidak lagi kayu seperti dahulu. 

Masyarakat menantikan kehadiran peserta Aman Kampus Kenyalang



Kehadiran peserta Aman Kampus Kenyalang sememangnya sedang dinanti-nantikan oleh Tuai Ngaluang serta seluruh isi RP Ngaluang. Turut bersama di RP Ngaluang ialah YB Tuan Jelaing Mersat, yang merupakan Ahli Parlimen Saratok merangkap Timb. Menteri Pengangkutan.





YB Tuan Jelaing Mersat disambut oleh Tuai Ngaluang.

Sebahagian peserta Aman Kampus Kenyalang.
Setibanya pasukan Jelajah Aman Kampus Kenyalang ini di RP Ngaluang, mereka disambut dengan upacara "Miring" yang dilakukan di hadapan pintu masuk. Upacara "Miring" ini merupakan adat resam kaum Iban bagi memohon restu kepada Tuhan dan roh nenek moyang mereka agar memberkati kehidupan mereka. Dalam masyarakat Iban, "Miring" dilakukan sebelum aktiviti penting dilakukan atau selepas malapetaka atau kejadian yang tidak diingini menimpa.

Saudara Shahar memerhatikan upacara Miring yang sedang diadakan.
Dalam piring, dimasukkan sesaji atau persembahan kepada petara seperti nasi pulut putih, nasi pulut hitam, nasi putih, rokok apung, tembakau, telur yang dimasak, sirih dan pinang, garam, minyak masak, sagun, dan 'letup' semua ini perlu disiram dengan air tuak. 
Tuai Ghumah iaitu Tuai Ngaluang.
Ratu Kuman.

Setelah selesai upacara "Miring", para peserta dijemput masuk ke RP Ngaluang dan disambut oleh Ratu Kuman iaitu anak-anak gadis jelita kaum Iban dengan pakaian tradisional mereka. Seterusnya, mereka menghulurkan segelas air untuk diminum sebagai tanda menyambut tetamu. Kebiasaannya, air yang dihidangkan ialah tuak, namun sebagai menghormati budaya dan agama lain, mereka hanya menyediakan air biasa ataupun minuman ber-gas sebagai ganti.


Saudara Najieb Mokhtar, Naib Presiden Kelab Chedet.

Para peserta kemudiannya berjalan mengelilingi seluruh bilik bagi bersalaman dengan ketua bilik serta keluarga masing-masing. Selesai bersalaman, peserta mengambil tempat dan dihiburkan dengan tarian Ngajat oleh 'pahlawan' serta 'srikandi' kaum Iban. Selesai tarian, upacara "Miring" diadakan sekali lagi sebelum acara rasmi. Majlis dimulakan dengan ucapan dimulakan daripada Tuai Ghumah iaitu Tuai Ngaluang, Presiden Aman Kampus iaitu saudara Shahar dan diakhiri dengan ucapan daripada YB Tuan Jelaing Mersat.


Persembahan tarian Ngajat dari 'pahlawan' Iban.
Saudara Shahar Abdullah serta YB Tuan Jelaing Mersat masing masing menekankan mengenai pentingnya pendidikan dalam usaha menaiktaraf kehidupan kaum Iban khususnya dan suku kaum di Sarawak amnya. YB Tuan Jelaing Mersat juga menyatakan bahawa soal kos kehidupan serta kos sara hidup masyarakat di pedalaman Sarawak ini telah dibawa ke pengetahuan YB Dato Idris Jala. Isu ini juga telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan beliau mahukan isu ini diberi penekanan yang khusus.

Kelab 1000Belia Saratok yang diilhamkan oleh YB Tuan Jelaing Mersat bagi menggalakkan  golongan belia di Saratok  aktif dalam berpersatuan serta melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang mendokong aspirasi kerajaan.

Dan akhirnya, peserta Aman Kampus Kenyalang diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Kesemua 34 buah keluarga terlibat dalam proses menerima anak angkat. Setiap  bilik menerima 4 orang anak angkat yang terdiri daripada peserta serta pemandu bas dan lori yang turut sama terlibat dalam Jelajah Aman Kampus Kenyalang 2012.

Entry #AmanKampusKenyalang Hari Ke-3 di Saratok; Part 2 insyaAllah akan memberikan pembaca sedikit kelainan daripada entry entry berkaitan program Aman Kampus yang lain. Kenapa? Kita tunggu entry yang seterusnya. Okay?

Jangan lupa untuk visit blog rasmi Jelajah Aman Kampus Kenyalang 2012 - Anak Sarawak Pulang berbakti.

Salam sayang dari utara :)




01 Jun 2012

#AmanKampusKenyalang 2012 - Anak Sarawak Balit Berbakti.


Assalamualaikum wbt. Salam Perubahan, Salam Aspirasi, Salam 1Malaysia.

Aman Kampus meneruskan siri jelajah mereka untuk fasa yang ke-3 dan kali ini tertumpu hanya di negeri Sarawak. Jelajah kali ini bertemakan “Aman Kampus Kenyalang 2012 – Anak Sarawak Pulang Berbakti” yang melibatkan penyertaan anak-anak negeri Sarawak yang sedang belajar di Semenanjung Malaysia serta dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pada 30 Mei yang lepas, pasukan Jelajah Aman Kampus Kenyalang telah menjayakan dua program bersama penduduk kawasan setempat.

Program pertama ialah program "Bakti Siswa" di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib yang bertempat di Petrajaya. Rumah anak yatim ini menempatkan mereka yang berumur 7 tahun sehingga 17 tahun. Keseluruhan jumlah anak yatim yang ditempatkan di sini adalah seramai 186 orang termasuk pelajar yang tinggal di sekolah berasrama. 

Namun, ketika lawatan Jelajah Aman Kampus Kenyalang diadakan, hanya tinggal lebih kurang 30 orang anak-anak yatim di sini kerana kebanyakan daripada mereka pulang ke rumah sanak-saudara memandangkan sekarang merupakan cuti sekolah. 

Peserta Aman Kampus Kenyalang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Yayasan Laila Taib ini.



Khairul atau lebih mesra dipanggil Mi'auu oleh kakak/abang yang lain merupakan penghuni termuda di yayasan ini. Beliau bersama abangnya yang berumur 9 tahun dihantar ke yayasan oleh abang mereka yang sedang menuntut di tingkatan 6 setelah kematian kedua ibu bapanya.



Pengerusi Aman Kampus, Saudara Shahar Abdullah bertanyakan kepada Ustaz Nuri mengenai harapan yayasan tersebut yang telah ditubuhkan sejak tahun 1986 sehingga kini.

Ustaz Nuri merupakan seorang pegawai agama dan merupakan 'ayah' kepada anak-anak yatim di yayasan ini. Panggilan 'ayah' dan 'ibu' adalah panggilan yang digunakan oleh anak-anak yatim ini kepada semua tenaga yayasan yang berjumlah 20 orang keseluruhannya. 

Peluang untuk mendekati anak-anak yatim seperti mereka adalah peluang yang perlu dihargai kerana secara tidak langsung ianya dapat membuka mata kita supaya lebih menghargai ibu serta ayah serta bersyukur kerana masih menikmati nikmat kasih sayang daripada ibu bapa kandung.

Seterusnya, pada sebelah malam pula, peserta Aman Kampus Kenyalang dibawa ke Kg. Baru Kota Samarahan. Kg. Baru mempunyai kepadatan penduduk hampir 5000 orang dan mempunyai hampir 1000 buah rumah. Kampung ini merupakan kampung kedua terbesar di bahagian Samarahan. 

Alhamdulillah. Kedatangan pasukan Jelajah Aman Kampus Kenyalang disambut meriah oleh penduduk setempat. Program utama pada malam ini adalah PENTARAMA iaitu sebuah persembahan muzikal-drama. 

Lebih kurang seramai 500 orang penduduk yang hadir bagi meraikan mahasiswa dan mahasiswi peserta Jelajah Aman Kampus Kenyalang di samping untuk turut berhibur dengan persembahan PENTARAMA. Turut sama hadir pada malam ini ialah Surabaya Hj. Leman, Timbalan Pengerusi Kg. Baru, Kota Samarahan. Peserta Jelajah Aman Kampus Kenyalang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama penduduk setempat. 

Antara NGO yang turut sama menjayakan Aman Kampus Kenyalang adalah Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Pengarah Kebangsaan Belia & Sukan JMM, Saudara Hamdan Mohd Salleh turut bersama Aman Kampus Kenyalang dan tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra dengan anak-anak Kg. Baru Kota Samarahan di Dewan Serbaguna Kg. Baru.

Sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk tempatan menunjukkan bahawa Aman Kampus Kenyalang ini diterima kebanyakan masyarakat dan sangat relevan dalam usaha membawa mahasiswa mendekati masyarakat secara berhemah kerana golongan mahasiswa kini sangat dipandang tinggi oleh masyarakat Malaysia. Peserta Aman Kampus turut menggambarkan sikap mahasiswa yang berdiplomasi, berfikiran rasional serta bersikap toleransi tanpa perlu berdemo di jalanan.

Agi idup agi ngelaban (^_^)V


07 April 2012

Mahasiswa TOLAK Demonstrasi. Kenapa PETIK kami lagi?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Ini lagi cerita dongeng,



Bagi MU, mungkin ada yang terlupa
MAHASISWA TOLAK DEMONSTRASI.
MAHASISWA TOLAK BERSIH 3.0


Ini antara suara kami, Mesej kami sama.


 Adakah perlu untuk mahasiswa ke jalan raya sebelum pilihan raya berlagak seperti hantu raya?


p/s: Bagi MU, kalau ada mahasiswa yang turun, 24 April kelak, bukanlah semata-mata kerana faham dengan tuntutan pilihan raya sebaliknya lebih berminat akan gula-gula yang dijanjikan PR. Klik SINI & SINI

05 April 2012

Anak Muda TOLAK BERSIH 3.0. Maafkan Kami.



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

 Mitos Kebangkitan Anak Muda
Katanya, 24 April 2012 bakal menjadi sejarah lagi buat Bumi Bertuah
Katanya, mereka akan BANGKIT menjadi Tulang Belakang BERSIH 3.0
Kononnya, tuntut Pilihan Raya Yang Bersih, Bebas & Adil
Sebelum itu, 10 April 2012 Katanya Bangkit untuk Hapuskan PTPTN
Katanya, Turun, Duduk & Bantah di Dataran Merdeka

KATANYA... TAPI ADAKAH SEKADAR ITU SAHAJA?
Kembali & Lihat peristiwa Bersih dahulu.
Adakah pernah AMAN?

Pro-Mahasiswa = Demo Demo = Pro-Mahasiswa
Demo = Pro-Mahasiswa Demo = Pro-Mahasiswa


Dan kerana sebab itulah Ambiga, Tokoh LGBT :
"For Bersih 3.0, I really put my hope on mahasiswa, they are  very brave..."

++

Ini Juga Suara Kami



MAAFKAN KAMI, KAMI TOLAK DEMONSTRASI
Bangkit & Demo BUKAN Pilihan Mahasiswa Matang

+++
Bagi MU, pengiktirafan berani bagi melakukan demo bukanlah satu penghormatan. Tiada apa perlu dibanggakan.
Biarlah berani dan bangkitnya mahasiswa itu kerana
Agama, Bangsa & Negara.
Ayuh, jadi tangan-tangan yang membina dan bukannya yang membinasa.

p/s: Adakah terlampau berani sehingga mungkin ada yang bakal menjadi korban?
24 April hari kuliah, kita nilaikan semula mana yang lebih penting bagi mahasiswa. Kita tunggu & lihat.

01 April 2012

Pro-M UUM Bangkit, Penangan #AmanKampus


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Penemuan menarik bila tiba-tiba Pro-Mahasiswa UUM muncul kembali di UUMKini. Satu group yang agak menarik, dengan agenda empunya group.

Masih ingat jelajah Aman Kampus di UUM? Tak sangka, ada yang sudah berasa panas dan kembali teransang untuk kembali aktif di UUMKini. Lama dah tak nampak post dari Pro-Mahasiswa UUM ni.

Ajak buat Perhimpunan ke Demo ni?


Agak-agaknya apa reaksi geng Transformasi Mahasiswa?

Bangkit setelah termakan cili dengan komen YDP MPPUUM, Saudara Amer dan rakan-rakan mahasiswa tentang 'kebijaksanaan' mereka . Klik  SINI  &   SINI


Atau sebagai penafian bahawa Pro-Mahasiswa = Transformasi Mahasiswa?

Kita dengar apa pula apa kata srikandi ini.

 Nurul Asmak Ahmad
Exco Informasi MPPUUM


Cuba lihat gambar ini,

   Pro-Mahasiswa UUM ke Pro-Mahasiswa Nasional?


Apapun, MU ucapkan
Selamat kembali buat Pro-Mahasiswa ke UUM
Tahniah dah dapat seru dari Adam Adli & the geng.


31 Mac 2012

#AmanKampus II: Siswa Prihatin Aspirasi Mahasiswa


 Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1 Malaysia.

Semalam, usai sesi Aman Kampus di UUM, rombongan jelajah Aspirasi Mahasiswa ini meneruskan jelajah dengan menghulurkan bantuan kepada warga emas serta mereka yang kurang bernasib baik.

Destinasi yang dituju adalah di Kampung Changkat Setoi yang terletak lebih kurang 15 minit daripada kampus UUM, Sintok. Barisan kepimpinan MPPUUM dan rakan-rakan siswa UUM juga turut bersama-sama menyertai rakan-rakan Aman Kampus hingga ke kampung ini. 

Aspirasi Mahasiswa bukan sekadar membawa suara mahasiswa semata-mata bahkan turut prihatin bersama masyarakat. Nilai siswa prihatin yang perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa.

Moga sumbangan barang keperluan dan wang saku yang diberikan sedikit sebanyak membantu meringankan beban. 

Wang saku buat belanja nenek.
Sedikit sumbangan barangan keperluan harian.


++++

Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah, penduduk Kg turut mengalukan kehadiran kami.
Suasana Kampung. Berbeza sungguh dengan hutan batu di kota.
Kenalan baru MU dari Uzbekistan turut bersama-sama dalam Jelajah Aman Kampus ini.

Part ni, MU pun tergelak gak. Nenekni memang sporting
Bergambar kenangan di Masjid Kg Changkat Setoi
 
Bila kita hendak mengeluh akan nasib kita, fikirlah tentang mereka yang 
lebih malang daripada kita. Mereka yang lebih memerlukan kita 
sebagai perintis masa depan 
Agama, Bangsa dan Tanah Air.


p/s: Bila cerita tentang nikmat dan kemudahan yang kita terima sebagai mahasiswa, kita jauh lebih baik daripada rakan-rakan kita di negara lain. Malaysia, Bumi bertuah.
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?