SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


02 Jun 2012

#AmanKampusKenyalang Hari Ke-3 di Saratok; Part 1

Salam Perubahan, Salam Aspirasi, Salam 1Malaysia.

Bas Jelajah Aman Kampus Kenyalang.
Pada hari ke-3 program Jelajah Aman Kampus Kenyalang ini, mereka bergerak ke Rumah Panjang Ngaluang yang terletak di Saratok. Perjalanan yang bermula pada jam 9 pagi mengambil masa selama lebih kurang 5 jam untuk sampai ke RP Ngaluang tersebut. Malah perjalanan mereka lebih mencabar kerana jalan yang menghubungkan RP Ngaluang dengan jalan besar masih lagi menggunakan batu crescent yang mengambil masa 15 minit perjalanan. 

Peserta bergerak masuk ke perkarangan RP Ngaluang.
Rumah Panjang Ngaluang diambil sempena nama Tuai Ghumah atau Tuan Rumah iaitu Ngaluang. RP Ngaluang mempunyai 34 buah bilik dan setiap bilik itu biasanya didiami oleh sebuah keluarga. Tuai Ngaluang merupakan Tuai Ghumah kepada semua 34 keluarga itu. Manakala setiap bilik turut mempunyai ketua bilik atau ketua keluarga kecil. Rumah Panjang ini juga sudah melalui fasa modenisasi kerana dibina menggunakan batu bata dan tidak lagi kayu seperti dahulu. 

Masyarakat menantikan kehadiran peserta Aman Kampus Kenyalang



Kehadiran peserta Aman Kampus Kenyalang sememangnya sedang dinanti-nantikan oleh Tuai Ngaluang serta seluruh isi RP Ngaluang. Turut bersama di RP Ngaluang ialah YB Tuan Jelaing Mersat, yang merupakan Ahli Parlimen Saratok merangkap Timb. Menteri Pengangkutan.





YB Tuan Jelaing Mersat disambut oleh Tuai Ngaluang.

Sebahagian peserta Aman Kampus Kenyalang.
Setibanya pasukan Jelajah Aman Kampus Kenyalang ini di RP Ngaluang, mereka disambut dengan upacara "Miring" yang dilakukan di hadapan pintu masuk. Upacara "Miring" ini merupakan adat resam kaum Iban bagi memohon restu kepada Tuhan dan roh nenek moyang mereka agar memberkati kehidupan mereka. Dalam masyarakat Iban, "Miring" dilakukan sebelum aktiviti penting dilakukan atau selepas malapetaka atau kejadian yang tidak diingini menimpa.

Saudara Shahar memerhatikan upacara Miring yang sedang diadakan.
Dalam piring, dimasukkan sesaji atau persembahan kepada petara seperti nasi pulut putih, nasi pulut hitam, nasi putih, rokok apung, tembakau, telur yang dimasak, sirih dan pinang, garam, minyak masak, sagun, dan 'letup' semua ini perlu disiram dengan air tuak. 
Tuai Ghumah iaitu Tuai Ngaluang.
Ratu Kuman.

Setelah selesai upacara "Miring", para peserta dijemput masuk ke RP Ngaluang dan disambut oleh Ratu Kuman iaitu anak-anak gadis jelita kaum Iban dengan pakaian tradisional mereka. Seterusnya, mereka menghulurkan segelas air untuk diminum sebagai tanda menyambut tetamu. Kebiasaannya, air yang dihidangkan ialah tuak, namun sebagai menghormati budaya dan agama lain, mereka hanya menyediakan air biasa ataupun minuman ber-gas sebagai ganti.


Saudara Najieb Mokhtar, Naib Presiden Kelab Chedet.

Para peserta kemudiannya berjalan mengelilingi seluruh bilik bagi bersalaman dengan ketua bilik serta keluarga masing-masing. Selesai bersalaman, peserta mengambil tempat dan dihiburkan dengan tarian Ngajat oleh 'pahlawan' serta 'srikandi' kaum Iban. Selesai tarian, upacara "Miring" diadakan sekali lagi sebelum acara rasmi. Majlis dimulakan dengan ucapan dimulakan daripada Tuai Ghumah iaitu Tuai Ngaluang, Presiden Aman Kampus iaitu saudara Shahar dan diakhiri dengan ucapan daripada YB Tuan Jelaing Mersat.


Persembahan tarian Ngajat dari 'pahlawan' Iban.
Saudara Shahar Abdullah serta YB Tuan Jelaing Mersat masing masing menekankan mengenai pentingnya pendidikan dalam usaha menaiktaraf kehidupan kaum Iban khususnya dan suku kaum di Sarawak amnya. YB Tuan Jelaing Mersat juga menyatakan bahawa soal kos kehidupan serta kos sara hidup masyarakat di pedalaman Sarawak ini telah dibawa ke pengetahuan YB Dato Idris Jala. Isu ini juga telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan beliau mahukan isu ini diberi penekanan yang khusus.

Kelab 1000Belia Saratok yang diilhamkan oleh YB Tuan Jelaing Mersat bagi menggalakkan  golongan belia di Saratok  aktif dalam berpersatuan serta melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang mendokong aspirasi kerajaan.

Dan akhirnya, peserta Aman Kampus Kenyalang diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Kesemua 34 buah keluarga terlibat dalam proses menerima anak angkat. Setiap  bilik menerima 4 orang anak angkat yang terdiri daripada peserta serta pemandu bas dan lori yang turut sama terlibat dalam Jelajah Aman Kampus Kenyalang 2012.

Entry #AmanKampusKenyalang Hari Ke-3 di Saratok; Part 2 insyaAllah akan memberikan pembaca sedikit kelainan daripada entry entry berkaitan program Aman Kampus yang lain. Kenapa? Kita tunggu entry yang seterusnya. Okay?

Jangan lupa untuk visit blog rasmi Jelajah Aman Kampus Kenyalang 2012 - Anak Sarawak Pulang berbakti.

Salam sayang dari utara :)




3 ulasan:

  1. PEMEBTULAN 'RATU KUMAN' SEBENARNYA "RATU KUMANG"

    BalasPadam
  2. ratu kuman ialah ratu kumang(spelling error)

    BalasPadam
  3. bukan ngaluang..tpi ngalong

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?