SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


30 Jun 2012

MPPUUM Bersuara Tak Setuju Dengan HEP?


 
Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berfungsi menjadi badan yang mewakili suara mahasiswa. Ada juga badan perwakilan yang dinamakan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Badan ini adalah daripada pelajar, kepada pelajar dan untuk pelajar.

Kepercayaan dan mandat yang diberikan sebagai mewakili mahasiswa sepastinya perlu menjadi keutamaan bagi setiap barisan kepimpinan. Mendapat kritikan dan tomahan itu perkara biasa bagi seorang pemimpin. Jika tidak, mengapa perlu rakan-rakan memberi undi kepada calon-calon yang bertanding?

Baru-baru ini, barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UUM dilaporkan telah bersuara kerana tidak bersetuju dengan polisi baru yang ditetapkan oleh pihak HEP. Namun, apakah sebenarnya yang berlaku di kampus Universiti Utara Malaysia?

Ikuti pendedahan rakan blogger MU ini. <KLIK SINI>

Diplomasi dan rasional ciri kepimpinan mahasiswa yang matang. Syabas dan tahniah barisan kepimpinan MPP Perubahan yang terus membawa Aspirasi Mahasiswa. Moga isu yang dibawa ini berjaya membawa kata sepakat yang terbaik buat semua pihak khususnya rakan-rakan mahasiswa.

Buat rakan-rakan mahasiswa yang lain, selamat bercuti.

p/s: Sedang bergoyang kakikah MPP Transformasi?

1 ulasan:

  1. Asalamualaikom, sebenarnya sudah banyak isu MPPUUM tidak sebulu dengan HEP. Tetapi penentangan ini banyak dibuat dengan cara berbincang dan bukannya berdemo. Demo adalah taktik terakhir yang akan digunakan sekiranya semua kaedah lain telah gagal dan MPP Peruabahan memang jarang sekali berdemo berbanding sahabat dari Pro M. Kali terakhir MPP Perubahan berdemo ialah di era Osman Syafawi atas isu berkaitan pelajar program account. Di era Sharizan, tentangan secara halus dilancarkan semasa program Expo KOnvo yang membabitkan pemilihan sponsor Maxis yang dicari oleh pelajar manakala pegawai mahukan Celcom kerana ada kepentingan dengan mereka. Di dalam mana-mana organisasi memang akan ada krisis dan MPP Perubahan sentiasa menguatamakan pelajar...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?