Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Hari ini, kerajaan Buku Jingga sudah boleh tidur lena
dibuai mimpi indah apabila PTPTN menarik balik keputusan pembekuan PTPTN bagi pelajar-pelajar
UNISEL. Tidak perlu lagi mencanangkan ketulusan mereka menggadaikan tanah yang
ada semata-mata bagi memberi pendidikan percuma bagi hampir 1000 pelajar baru
UNISEL.
Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR dan Tan Sri Khalid
Ibrahim, Menteri Besar Selangor sudah mula menghela nafas lega. Benarkah?
Apabila PTPTN menarik pinjaman PTPTN pelajar-pelajar
UNISEL, bahkan sehingga dilabel tindakan membalas dendam, seharusnya
pembangkang menjadikan ini sebagai peluang bagi membuktikan janji mereka
menawarkan pendidikan percuma. Lihat sebagai cabaran dan peluang, tapi sekali
lagi isu pendidikan dipolitikkan. MU melihat mereka termelatah lagi dengan
tindakan mereka.
Jika bagi menawarkan pendidikan percuma bagi sekumpulan
kecil pelajar ini sudah kelam kabut sehingga perlu menjual tanah, bagaimana
pula jika hendak menawarkan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia?
Mungkinkah satu-satunya tanah merdeka bernama Malaysia ini akan digadai dan
tergadai?
Cuba difikirkan sejenak di tempat rakan-rakan UNISEL.
Bagaimana penerimaan mereka terhadap isu ini? Sebagai propaganda ataupun lebih
membuka mata mereka? Namun MU percaya, mereka seharusnya perlu bersyukur diberi
ruang mendapatkan pinjaman bagi melanjutkan pengajian mereka di institut
pengajian tinggi. Pesan MU, gunakanlah peluang ini sebaiknya.
Masih ingat entry
MU sebelum ini, #Mansuh PTPTN: Harga Undi Anak Muda. Jika belum, ambillah masa untuk membaca entry
ini.
Persoalan buat rakan-rakan yang menyokong mansuh PTPTN,
setelah apa yang berlaku ini, masihkah kalian akan memberi undi untuk Buku
Jingga?
Memetik kembali kata-kata Tun Mahathir, “Tak perlu
revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya dengan satu
undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat,”.
Bukakanlah mata kalian wahai anak muda. Benarkah
pendidikan percuma ini adalah harga undi kalian? Bukan kerana mentaliti subsidi
semata-mata, namun ubahlah sikap mementingkan diri. Ayuh bangun bersama-sama
bangunkan negara bangsa.
p/s: Berapa harga undi anak muda?
salam tuan mohon bertaut pada blog tuan
BalasPadam