SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


07 Jun 2012

#unisel4free: Menteri Balas Dendam Beku PTPTN ?


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7 JUN 2012


1. Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

2. PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.

3. PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

4.  Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.

5.  Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.

p/s: PTPTN dah beri ruang bagi PR laksanakan Dasar Pendidikan Percuma Buku Jingga. Tunggu apa lagi? Bermulalah di negeri sendiri dahulu. Anak-anak muda negeri lain khususnya kami di Utara ni ternanti-nanti. Jangan sekadar Occupy UNISEL sudahlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?