SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


17 Disember 2011

Berdemo BUKAN PILIHAN Mahasiswa


Salam rakan-rakan siswa.

17 Disember 2011 Mahasiswa lakar sejarah baru? Di sini Mahasiswa Utara ingin berkongsi dengan rakan-rakan siswa. Cerita peristiwa yang dianggap bersejarah bagi sekumpulan rakan-rakan siswa yang menggelarkan diri mereka BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik). 

Di saat pelbagai pihak mengeluarkan hujah-hujah mereka, apa kata rakan-rakan siswa? Terkesan juga rasa hati apabila kita sebagai golongan mahasiswa sudah mula dipandang rendah oleh golongan masyarakat. Mahasiswa = Mahasisa? Sayang, begitu sudah pandangan masyarakat terhadap kita hanya kerana tindakan rakan-rakan kita yang menggelarkan diri mereka sebagai BEBAS ini. 

Tertanya-tanya juga, apakah tindakan mereka seterusnya ya? Adakah ini kesan daripada pindaan AUKU yang masih baru dipinda berapa ketikanya? Tetapi, Mahasiswa Utara percaya mereka itu hanyalah sekelompok kecil anak-anak yang masih tercari-cari atau mungkin juga diperkuda oleh segelintir pihak.

Mari kita tinjau-tinjau gelagat mereka yang serba sedikit mencalit identiti kita sebagai Mahasiswa:





Sumber gambar: Edyesdot.com

 ++++++

Tinjau-tinjau:
* Sungguh, kami adalah Mahasiswa dan bukannya pelajar tadika mahupun sekolah menengah. Kerana itulah, BERDEMO seperti ini BUKAN PILIHAN kami. Mahasiswa yang matang, bukan begini gayanya.


p/s: Mahasiswa Utara menyeru agar rakan-rakan siswa menyerlahkan kematangan kalian dengan cara yang sebaiknya dan bukannya menjadikan demo atau tindakan yang sebegini. Buktikan pada masyarakat, kita adalah Mahasiswa dan bukannya Mahasisa. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

4 ulasan:

  1. Mahasiswa dipandang rendah oleh masyarakat bukan kerana kekangan AUKU tetapi lebih kepada gejala sosial yang timbul dikalangan mahasiswa. Sugar daddy, lelaki lembut, berkhalwat, rasuah, dan pelbagai lagi sedangkan apa yang dipelajari tidak boleh dipraktikkan..... nak mintak tolong baiki lampu surau pun tak boleh...

    BalasPadam
  2. Sebagai Mahasiswa, tugas utama kita adalah untuk menuntut ilmu dan bukan untuk dihabiskan masa dengan merancang perkara yang lagha dan cuba menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Kita ingin mengikut langkah seperti apa yang terjadi di Mesir? Negara kucar-kacir. Siapa punya dalang? Kita mesti sudah dapat meneka sekarang. Ingat, jangan cuba menganggu-gugat keamanan yang sedia ada. Segelintir pihak cuba meracuni fikiran anak muda sekarang hanya demi untuk kepentingan mereka. "Ada udang disebalik batu, ada gunting dalam lipatan, bagai duri dalam daging." Bertindak menggunakan kewarasan akal wahai Mahasiswa. Jangan jadi seperti "lembu yang dicucuk hidungnya."

    BalasPadam
  3. Tidolah...esok pagi ada kelas...esaiment pon x wat lagi, kelas pon jarang datang...hurrmmm apepon tableyyyyy......

    BalasPadam
  4. Kebebasan akedemik apo? dah ambik pinjaman PTPN dan x cukup duit mak dapak kamu yg kau org sapu...apo yg nak kebebasan..Ooi belajar lah agar dpt 3.8 above in all your exm...Dpt kojo dpt gaji bayar pinjaman PTPN dan balas jasa ibu bapak.. dah solosai baru ada kebebasan.. itu pun x cukup jasa ibubapak dah di balas..segala rukun2 hidup dah clear atau masih tertanya tanya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?