SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

24 Disember 2011

Pindaan AUKU 1971: Jawab JANGAN tak jawab




Salam perpaduan & Salam 1 Malaysia.




AYUH MAHASISWA, SAMA-SAMA BAGI CADANGAN  BUKAN ‘BERMAIN’ DI JALANAN



==================== +++++++ ========================
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka menyiapkan cadangan pindaan untuk diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi awal Februari depan.

Pengerusi jawatankuasa itu Profesor Nik Ahmad Nik Mahmod berkata, cadangan itu akan mengkaji dan mengambil kira maklum balas orang ramai berhubung kewajaran mahasiswa dibenar bergiat dalam politik kepartian.

Ia termasuk menganjurkan ceramah politik, merekrut pelajar sebagai anggota parti politik, mengedar risalah dan apa-apa aktiviti berkaitan parti politik, katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Maklum balas boleh disalurkan ke e-mel rasmi aukuwg@mohe.gov.my, akaun laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg dan melalui soal selidik di laman web http://www.mohe.gov.com.my.

Seksyen 15 AUKU secara amnya melarang sebarang bentuk kegiatan politik kepartian di kalangan mahasiswa sama ada di dalam atau di luar kampus.

Pada November lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan seksyen itu akan dipinda bagi membolehkan pelajar yang berumur 21 tahun menyertai parti politik.

Berikutan itu, satu jawatankuasa diwujudkan bagi mengemukakan cadangan berkaitan pindaan seksyen tersebut yang dianggotai 10 ahli akademik pelbagai universiti dan dipengerusikan Profesor Nik Ahmad, yang merupakan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Ahmad berkata, salah satu terma rujukan jawatankuasa itu ialah mendapatkan maklum balas pihak yang berkepentingan terutama warga kampus kolej dan universiti iaitu pelajar, tenaga akademik dan bukan akademik selain mengambil kira pandangan rakyat. Proses pertama maklum balas adalah melalui arahan bertulis Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi bagi mendapatkan pandangan warga kampus mengenai pindaan yang perlu dilakukan, katanya.

Beliau berkata, peringkat kedua ialah soal selidik di laman web kementerian dan laman sosial http://www.facebook.com/aukuwg.

Peringkat ketiga pula melalui pendengaran awam di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu, katanya. - BERNAMA


==================== +++++++ ========================

p/s: Siapa kata mahasiswa tidak diberi ruang? … Jawab jangan tak jawab. Suarakan pendapat sebagai mahasiswa. Hebahkan kepada seberapa ramai rakan-rakan. Bagi yang nak sangat pinda AUKU, jangan kata anda tidak diberikan ruang melainkan anda sendiri tidak mengambil peluang. Sila gunakan ruang yang diberikan ini sebaiknya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?