SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


14 Disember 2011

PINDAAN AUKU; BENARKAH KEHARMONIAN IPT DIJAMIN?

Pejam celik pejam celik kisah pindaan AUKU ini masih lagi menghantui kehidupan harian sebagai mahasiswa. Mari telusuri laporan terbaru mengenai pindaan AUKU yang disiarkan dalam akhbar tempatan ini.
 

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi menjamin keharmonian dan keamanan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di seluruh negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara pindaan yang dilakukan adalah termasuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus. 

Bagaimanapun katanya, kampus tetap dikekalkan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

“Ini bermakna mahasiswa dibenarkan bergiat dalam politik di luar kampus sahaja. Mereka tidak dibenarkan membawa masuk sebarang aktiviti berunsur politik ke dalam kampus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khaled menegaskan, sehubungan itu, Jawatankuasa Pindaan AUKU yang dikendalikan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi ditubuhkan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Menurutnya, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod itu dianggotai oleh sembilan lagi panel.

Lagi berita di sini.


Sumber: Utusan Malaysia.



P/s: Diharapkan agar kesucian kampus sebagai INSTITUSI PENGAJIAN akan terus dijaga.

#Semoga peranan kita sebagai mahasiswa tidak diabaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?