Di saat seiisi keluarga sibuk memperkatakan mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), muncullah pula borang BR1M yang edisi PALSU. Angkara siapakah? Ada-ada sahaja ragam manusia.
Apa yang penting kini, entry ini adalah untuk mewar-warkan BORANG PALSU yang sangat perlu diberi perhatian untuk kebaikan kita bersama. Harap rakan-rakan siswa dapatlah berkongsi dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan seberapa ramai kenalan bagi mengelakkan penipuan ini menganiaya kita sebagai rakyat dan seterusnya mensabotaj bantuan murni Kerajaan.
__________________________________________________________________
Borang PALSU: Nombor akaun bank simpanan perseorangan + minta salinan buku simpanan bank.
Borang ASAL: TIADA maklumat berkenaan diperlukan.
Rakan siswa, harap dapat ambil tindakan yang sepatutnya. Sama-samalah kita prihatin.
p/s: Borang BR1M boleh didapati di sini; http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf.
bagus dudes, keep on blogging... blog ini sudah listed di http://umb-ppum.blogspot.com/
BalasPadam