SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


18 Disember 2011

MyAgrosis: Platform + Peluang untuk Mahasiswa

Salam 1 Malaysia rakan-rakan siswa.

Tahukah rakan-rakan siswa mengenai MyAgrosis? Jom baca.


Majlis Pelancaran MyAgrosis di UiTM Merbok, Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Kelab Usahawan Siswazah Tani, MyAgrosis yang dilancarkan hari ini mampu menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai nadi pengeluaran makanan negara.

Kata beliau, perubahan minda di kalangan mahasiswa agar melihat pertanian dalam kaca mata komersil dapat membantu negara mengurangkan defisit besar antara import dan eksport makanan negara.

Perdana Menteri berucap melancarkan MyAgrosis peringkat kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia dan Siswazah di Universiti Teknologi MARA di Merbok, Kedah.

Katanya, eksport makanan negara bernilai RM18 bilion setahun tetapi nilai import makanan pula mencecah RM30 bilion.

Selain inisiatif kerajaan membantu golongan petani dan penternak dalam menangani masalah ini, Datuk Seri Najib mahu IPT juga memainkan peranan yang signifikan.

Katanya, ruang legar universiti yang dibiarkan kosong selama ini boleh diusahakan secara optimum untuk tujuan pertanian, disusuli dengan perubahan minda di kalangan mahasiswa.

"Bidang pertanian tidak terbatas kepada aspek pengeluaran sahaja, ia adalah satu corak perniagaan, dan jika anda siswa siswi melakukan anjakan paradigma melihatnya sebagai business model, business entiti, InsyaAllah kita akan mencapai mercunya dengan berjaya."- Datuk Seri Mohd Najib Tun  Razak/Perdana Menteri -

Ujarnya, jika pengeluaran makanan negara dapat ditingkatkan, kos makanan juga akan menurun sekaligus secara langsung akan mengurangkan beban sara hidup tinggi yang ditanggung rakyat.

Sebagai tanda sokongan kerajaan, beliau mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan kemudahan asas bagi program MyAgrosis seperti hidroponik dan sistem bekalan air.

Katanya lagi, program itu akan dijayakan dengan "strategi lautan biru" yang menggandingkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang merentasi sempadan.
Sumber: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/PM_Yakin_Dengan_Kemampuan_MyAgrosis.html

p/s: Sama-samalah kita menggunakan platform MyAgrosis ini dengan sebaiknya. Mungkin ini juga salah satu peluang untuk kita setelah bergraduan kelak, menjadi Usahawan Berjaya. Semoga berjaya !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?