SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


10 Disember 2011

PINDAAN AUKU: KAMI TIDAK MAHU JADI PENCACAI AHLI POLITIK!

Salam perpaduan, salam dari utara dan salam 1 Malaysia.

Dewasa ini isu yang enak dibincangkan adalah isu berkaitan pindaan AUKU yang telah diumumkan Dato' Seri Najib. Tetapi masih ada makhluk bangang yang mahukan AUKU dimansuhkan terus. Melalui pindaan pun sebenarnya sudah menggoyangkan kedudukan mahasiswa, apatah lagi kalau dimansuhkan terus? Fikir pakai lutut ke apa? Berkenaan dengan isu pindaan ini, saya ingin mengajukan beberapa persoalan yang timbul di minda.

SIAPA YANG UNTUNG MELALUI PINDAAN AUKU?
MAHASISWA ATAU AHLI POLITIK?

SIAPA YANG MAHUKAN AUKU DIPINDA?
MAHASISWA ATAU AHLI POLITIK?

ADAKAH PANDANGAN MAHASISWA TIDAK PENTING DALAM SESUATU ISU YANG BERKAITAN DENGAN MAHASISWA SENDIRI?

EH, AUKU NIE UNTUK KAU KE AKU?

Marah? Bukanlah marah sangat cuma apabila terfikirkan perkara perkara yang akan berlaku apabila AUKU siap dipinda membuatkan saya rasa meremang bulu roma. Tak dapat nak bayangkan kalau suatu hari nanti saya ternampak banner besar, "PROGRAM MOTIVASI BERSAMA ANU-WAR IBRAHIM" di merata kawasan kampus. Cukup cukuplah mangsa dia menderita di luar sana, tak perlu heret sama mahasiswa yang ada mak ayah tunggu diorang graduate nie.

Percayalah, UNIVERSITI yang sepatutnya menjadi INSTITUSI PENGAJIAN akan berubah menjadi MEDAN PEPERANGAN  antara parti parti politik yang tidak bertanggungjawab sekadar mahu menjadikan pelajar pelajar ini sebagai pencacai untuk membuat kertas kerja bagi membawa mereka masuk dan berpolitik dalam kampus. Ergh! Fikir perkara nie pun dah buat perasaan meluat membuak buak dalam hati. Penat tahu buat kertas kerja! Pelajar yang excited sangat nak buat nanti pun bukan sebab apa, dapat duit warna biru sekeping dua, jalanlah kertas kerja. Kan? Mendidik pemimpin negara dengan cara menghancurkan mereka?

Mari kita lihat siapa yang tidak menyokong pindaan AUKU nie!

"Adakah mustahil jika AUKU ataupun Sekysen 15(1) ATAU 15(4) dimansuhkan, keadaan di kampus akan sentiasa aman seperti yang kita lihat sekarang? Setiap malam akan ada ceramah politik, yang mana kita tahu pengisian ceramah ini lebih mengutuk, mencaci dan memaki-hamun pihak lawan mereka."  -MUHAMMAD IDZUAN JAMALLUDIN, YDP MPP USM 2011/2012.

“Pembangkang dengan politik fitnahnya, kerajaan dengan politik rasuah, dua-dua salah. Jadi, saya risau andai AUKU dimansuhkan secara menyeluruh, situasi berkenaan (kotor) akan menular kepada mahasiswa.” -MOHAMAD SYAMSUL SALLEH, mantan YDP MPP UPM.

Ramai yang sokong pindaan AUKU nie cakap, pasti ada kebaikan bila AUKU dipinda nanti. Mestilah YAB Perdana Menteri kita telah memikirkan perkara ini sedalam dalamnya sebelum membuat keputusan. Pindaan AUKU nie tak adalah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan mansuh, dll. 

Mahasiswa pro-kerajaan akan terus menyokong kepimpinan sekarang walau apa pun yang terjadi, walaupun mereka tidak bersetuju dengan pindaan akta tersebut. Mahasiswa pro-kerajaan tidak taksub dengan politik.

Tetapi, bukannya semua pelajar boleh digest masuk otak perkara sebegini. Pindaan ini akan digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang dan tujuan mereka adalah satu, mengguna dan menghancurkan masa depan mahasiswa. Dan mahasiswa yang membangkang akan terus membangkang, selepas dipinda, mereka mahukan ia dimansuhkan. Terus naik kepala.

Namun apa yang penting sekarang adalah mahasiswa atas pagar. Mereka ini adalah golongan majoriti yang kerajaan perlu bagi perhatian jika mahu terus memimpin negara. Melalui survey yang dilakukan, 9/10 mahasiswa nie tak setuju AUKU dipinda. Hah, amacam?

#Pindaan AUKU? Tolonglah fikirkan semula.

 Mahasiswa utara tidak menyokong pindaan AUKU.

P/S: Jangan terlalu nak ikut telunjuk minoriti kepala batu.

PP/S: Bukan nak membangkang, sekadar menyuarakan suara hati mahasiswa dari utara yang tersimpan di hujung dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?