Salam rakan-rakan siswa.
Terpanggil lagi Mahasiswa Utara (MU) untuk berkongsi dengan rakan-rakan siswa rentetan sejarah baru yang dilakar oleh segelintir mahasiswa. MU cuba mencari logik akal di atas setiap perkara yang berlaku. Apa rasionalnya berdemo sehingga menurunkan bendera Perdana Menteri kita, DS Najib Razak dan kemudiannya menaikkan bendera ‘mereka’? Mungkin rakan-rakan siswa di sini boleh merungkaikan kekeliruan.
Kalau berdemo menjadikan mahasiswa sebagai mahasisa, apatah lagi tindakan mereka ini. Sekali lagi, imej mahasiswa dilambung-lambung.
Kalau inilah gayanya mahasiswa, definisi mahasiswa bakal berubah.
Berbekalkan identiti MahasiswaMsia, inilah tindakan mereka:
Ke mana hilangnya bendera DS Najib Razak? |
Persoalan: Kenapa berani sangat? Adakah ini membuktikan bahawa mereka berani menggulingkan Kerajaan sedia ada kini?
Lihat apa kata mereka:
+++ Persoalan:
Bertindak di luar kawalan? Insiden bukan perancangan?
Akal ini semakin menguji kerasionalan… Adakah mungkin tindakan di luar kawal iaitu menurunkan gambar DS Najib Razak dihebohkan? MU melihat mereka seolah berbangga dengan itu sebenarnya.
MU tinggalkan persoalan ini buat rakan-rakan. Moga rakan-rakan siswa matang menilai isu ini. Tiada niat untuk menghukum tindakan mereka tetapi MU TIDAK BERSETUJU dengan tindakan sebegini rupa.
Kepada ‘mereka’, bertindaklah atas anugerah akal dan hati dan bukannya bertuankan nafsu yang boleh membawa mati. Besar sungguh sumbangan kamu kepada negara sehingga layak kamu bertindak sedemikian rupa.
* Mungkin boleh disimpulkan juga, Mahasiswa belum lagi matang untuk berpolitik luar.
// Kami bukan MU, Manchester United ya. Kami Mahasiswa Utara.
Percayakah anda turun bendera pun? Kat Palestin Yahudi nak hancurkan Kiblat pertama umat Islam. Rileks je kita kat Malaysia minum coca-cola lepak2 makan McD, dah kenyang isap Winston Light sambil kunyah cweng gum ... ? biler dah habis terpekik terlolong nak salahkan pihak lain... macam2 kaulahh ~
BalasPadam