KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN,
MENTERI LUAR NEGERI
MENGENAI DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Kenyataan Dato’
Seri Anwar Ibrahim yang merakamkan "sepenuhnya sokongan beliau kepada
semua tindakan yang diambil bagi menjaga keselamatan negara Israel"
adalah satu kenyataan yang menyedihkan dan memalukan, yang patut
dikesali dan dikecam.
Kenyataan
beliau secara langsung jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau
terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat
Palestin selama ini. Tindakan-tindakan yang ditakrifkan oleh Israel
sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut termasuklah
antara lain serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang telah
mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa
termasuk wanita dan kanak-kanak, penangkapan dan pemenjaraan rakyat
Palestin sewenang-wenangnya, pembunuhan rakyat Palestin terutamanya
pemimpin-pemimpinnya melalui serangan bom dan peluru-peluru berpandu,
pembinaan tembok-tembok haram yang merentas dan merampas kawasan
kediaman orang Palestin, pengusiran rakyat Palestin dari kawasan
kediaman mereka, pembinaan penempatan-penempatan haram Israel di
kawasan rakyat Palestin sungguhpun dikecam oleh masyarakat antarabangsa
serta pelbagai lagi pelaksanaan dasar-dasar yang menindas dan
menganiayakan rakyat Palestin.
Saya
ingin menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong
tindakan-tindakan Israel seperti dijelaskan di atas malahan telah
bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan-tindakan tersebut yang jelas melanggari
perundangan antarabangsa. Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa
penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai
melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan
kestabilan serantau yang berkekalan. Malaysia menggesa supaya semua
pihak berusaha mencari satu penyelesaian komprehensif yang adil dan
saksama berdasarkan ‘Roadmap’
dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berkaitan di mana kedua-dua buah negara dapat hidup
bersebelahan dengan satu sama lain dalam keadaan aman dan selamat.
Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Dato’
Seri Anwar Ibrahim adalah semata-mata untuk meraih kembali sokongan
masyarakat Yahudi dan penyokong-penyokong Israel kepada beliau dalam
usaha mendapat sokongan antarabangsa bagi menghadapi pilihanraya.
Sepertimana yang kita semua ketahui kenyataan Dato’
Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada bulan Mac 2010 yang menuduh
konsep 1Malaysia ditiru dari konsep regim Zionis Israel telah membawa
kecaman dari pemimpin-pemimpin Yahudi. Dengan kenyataan yang dibuat
oleh beliau di Wall Street Journal itu adalah jelas sekarang di mana
letaknya prinsip dan pendirian Dato’
Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan
dapat membuat penilaian mereka sendiri. Kenyataan beliau yang disiarkan
dalam Wall Street Journal mengenai sokongan penuh beliau kepada semua
tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara Israel adalah jelas,
kecuali kalau beliau ingin mendakwa Wall Street Journal melakukan
kesilapan.
Dato’ Sri Anifah Haji Aman
Menteri Luar Negeri
Putrajaya
29 Januari 2012
on 1/30/12
* ini apa yang dikatakan oleh Menteri Luar Negeri..sudah tentu seorang yang bijak pandai dalam urusan hal ehwal antarabangsa...so..apa mau bising?? choii.....
* ini apa yang dikatakan oleh Menteri Luar Negeri..sudah tentu seorang yang bijak pandai dalam urusan hal ehwal antarabangsa...so..apa mau bising?? choii.....
Yb.Dato Sri, apa yang kami mahukan adalah pembaharuan di kaw.p176 kimanis perlu dilaksanakan seadil-adilnya tanpa memilih kroni-kroni saja...sekarang ini nampak perbezaan dari segi komitmen tersebut....PKR ( Hj.Aminuddin ) perlu diganti bagi mengelakkan sentimen keluarga YB ADUN...Pemaju Mukim juga perlu dipliih dikalangan pemimpin yang berkelibar bkn yang suka cipta nama tapi rampas projek untuk keuntungan sendiri...Sebenarnya inilah yang akan menjatuhkan kepimpinan Yb.Dato..sebab Mrk2 ini hanya pandai bercakap tapi dalam diam menikam Yb.Dato daro belakang...
BalasPadamBaru-baru ini telah diadakan pembahagian komputer 1 malaysia di Kawasan Membakut...Terimakasih atas pemberian tersebut...namun terdapat banyak kelemahan dalam perlaksanaanya....umpamanya terdapat hampir 200 lebih pemohon yang sedia berdaftar dengan Pejabat Perhubungan P176 di Membakut tetapi yang dapat adalah kebanyakkan yang tidak memohon dan tidak tahu pun tentang perkara tersebut...ada lagi yang berumur lebih 60 tahun tak tau buka komputer pun dapat.. macamana ni...di kg.brunei membakut hanya dapat 72 org, sedangkan yang yang dihantar dan layak adalah 190 org....dimana silapnya ni...JKKK pula dapat sampai 4 komputer tersebut.Ketua Kampung 4 komputer. Ketua Daerah sendiri 6 komputer...kami ni yang amat memerlukan untuk pembelajaran anak-anak kami ditolak tanpa alasan....kami kecewa datang dangan hampa balik dengan kosong....
BalasPadamYb.Dato...Apa yang diukirkan ini adalah semata-mata untuk menjelaskan kepada YB.Dato akan apa yang berlaku di belakang YB.Dato...Baru-baru ini kami juga dikejutkan dengan projek-projek Rumah PPRT di Kg.Brunei Membakut...dimana terdapat dua orang yang layak mendapat permohonan tersebut dan telah diluluskan..tetapi dibatalkan dengan tanpa alasan yang munasabah oleh Pegawai Perhubungan Perlimen Di Membakut ( Japar Ahmad ) atas hasutan individu yang tidak bertauliah ( Ag.Salleh Hj.Kurus ) hanya kelulusan darjah enam dan bekerja sebagai tukang potong rumput di jab.pengairan membakut knp.perlu org seperti ini ? bolehkh kakitangan kerajaan berkontrak ?...kami pun tak tahu knp...apakah pangkat ag.Salleh ini di Bahagian Perlimen Dato....Penama tersebut 1. En.Narah Amin 2. En.Adi Sufian Yusop..mrk ini telah diseneraikan dan diluluskan untuk projek tersebut..tetapi hampa kerana tiga tahun menunggu dgn sabar ini pula jawaban yang mereka dapat...harap YB Dato siasat perkara ini dan mengambil perhatian sewajarnya....
BalasPadamLepas tu...Adi sufian Yusop ini dipujuk oleh Ag.Salleh ini dengan diberikan peruntukan membaiki rumah....supaya tidak merajuk dan melaporkan kepada YB.Dato... apa ni?????
BalasPadamdarimana ag.salleh ini mendapat peruntukan tersebut....????? mangada-ngada sja ag.salleh ini...kononnya blia kami tanya ( ag.salleh ) ini dia bagitahu saya dilantik oleh YB.Dato Sri sebagai pegawai pemantau projek-projek PPRT di kawasan Membakut....betul kah Dato?????.... harap TB.Dato dapat mengsambil tindakan sewajarnya terhadap perkara ini ....jangan ada yang buat tahi dibelakang dato...dan semua rakyat tercium baunya...dan yang busuknya TB Dato jua nanti....sedangkan Dato tidak tahu-menahu tentang perkara ini....
Dengan ingatan tulus dan ikhlas...saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Salam Kemerdekaan khususnya kepada YB.Dato Sri serta keluarga.Moga syawal tahun ini akan merapatkan lagi hubungan YB.Dato sekeluarga dengan rakyat di kawasan YB.Dato. Terimakasih jua atas kiriman-kiriman YB.Dato kepada kami rakyat di kawasan Membakut ini.Atas ingatan YB.Dato sekeluarga ini...kami akan setia menyokong dan akan mempastikan YB.Dato menang lagi pada pilihanraya kali ini.
BalasPadamAnak jati brunei..