SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


10 Februari 2012

#AmanKampus ‘Mencuci’ Pelajar Sekolah di Johor. Ikon Siswa Terbaik !


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia

Melihat program-program yang dilaksanakan di peringkat universiti, ibarat satu kemestian bagi melakukan aktiviti bersama adik-adik pelajar sekolah. Sebut sahaja, pasti ada program berbentuk kem motivasi, kem kecemerlangan, mentor mentee dan seadanya.

Geng #AmanKampus juga turut tidak terlepas dari bersama-sama pelajar-pelajar sekolah. Mendekati pelajar-pelajar dengan konsep abang dan kakak di samping menjadi ikon siswa kepada adik-adik untuk cemerlang.

Antara sekolah di Johor yang bertuah dan telah dikunjungi ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa Maju, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Kulaijaya.

Jom ushar…

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa Maju, Johor Bahru



Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Kulaijaya



Apalah sangat usaha geng #AmanKampus ini jika nak dibandingkan
usaha dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa.
Namun, MU percaya usaha murni seperti ini juga mampu menjadi pemangkin kepada adik-adik ini untuk menjadi cemerlang dan lebih baik daripada kami,
abang dan kakak mereka.



 AMIINNNN
Semoga berjaya adik-adik !
Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu.
Doakan untuk kami juga ya.

p/s:Don't worry, geng #AmanKampus tidak akan mengajak adik-adik panjat pagar, baring kat jalan semua tu.

Kini, geng #AmanKampus dah berada di Pahang untuk kembara seterusnya hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?