SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

13 Februari 2012

Sambutan 'BAIK', Ceramah Kebebasan Akademik SMM


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

MU dapat tau ceramah Geng SMM di Kampung Idaman, Klang kecoh dalam jelajah mereka dalam memperjuangkan ‘Kebebasan Akademik’. 

Katanya ada sesi baling kerusi, batu dan dikejar penduduk kampung.


JOM Baca berita dulu.
____________________________________________________
Ceramah tuntut kebebasan akademik kecoh
KLANG: Ceramah menuntut kebebasan akademik anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Serbaguna Kampung Idaman, di sini, malam tadi kecoh apabila hampir 50 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu, bertindak mengepung dewan berkenaan.

Dalam kejadian pada jam 8 malam itu, penduduk turut mendesak program terbabit dihentikan serta-merta selain bertindak memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan itu sebelum ceramah bermula. Kejadian tegang itu berlarutan hampir dua jam, sebelum polis mengambil keputusan mengiringi semua pelajar berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tujuan keselamatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamed Mat Yusop, ketika dihubungi, berkata lima individu ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebas pagi semalam selepas polis berpuas hati dengan keterangan diberikan.

“Selain itu, 40 orang turut dipanggil bagi proses kawad cam dan siasatan masih diteruskan daripada pelbagai sudut sebelum kertas siasatan dapat dilengkapkan,” katanya.

Mohamed berkata, selain dibaling kerusi dan batu, siasatan awal mendapati kumpulan mahasiswa itu turut dikejar penduduk kampung ketika mereka ingin keluar dari kawasan terbabit.

“Berdasarkan maklumat diterima, mahasiswa ini mengadakan siri jelajah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan ia menimbulkan kemarahan penduduk sekitar yang bertindak mengejar kumpulan mahasiswa ini,” katanya.

Sumber: BeritaHarian
_______________________________________________________

Kata SMM



Kita buat perbandingan.
#AmanKampus vs Kebebasan Akademik SMM

  +++
 
LIHAT, Bagaimana sokongan & penerimaan terhadap #AmanKampus.


Sesuatu untuk difikirkan.
MU Percaya masyarakat mampu menilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?