SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


15 Februari 2012

Masihkah Anwar Ibrahim Pemimpin Pilihan?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.




"I support all efforts to protect the security of the state of Israel". -DSAI


Kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong Zionis dalam Wall Street Journal (WSJ) bukanlah isu baru. Perkara yang sama pernah berlaku sebelum ini.

Kalau dahulu menerusi Annapolis Summit pada tahun 2007 yang mengiktiraf Negara Israel dan mengenepikan kepentingan Palestin. 


Bila MU melihat rakaman gambar-gambar di Palestin, terdetik di hati MU, di manakah itu kemanusiaan? Kita maklum, negara kita Malaysia sentiasa memberi bantuan terhadap mereka di Palestin. Buktinya, misi-misi bantuan kemanusiaan yang telah dihantar sebelum ini.

Namun, apabila memikirkan ada seseorang yang berwargenegara Malaysia yang turut menyokong kekejaman Rejim Zionis, MU jadi musykil.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh juga turut kecewa dengan kenyataan DSAI sebagaimana yang dilaporkan dalam WSJ tersebut.

 Sampaikah hati kita?
Di manakah letaknya perikemanusiaan?
MU percaya ramai lagi yang turut mengecam tindakan DSAI ini.

Ramai pihak mengecam tindakan DSAI. TGNA juga dilihat sudah memberi teguran dan mencadangkan untuk DSAI menyaman Wall Street sekiranya kenyataan itu adalah palsu.

MU tertarik dengan kata Datuk Dr Hassan Ali.
“Persoalannya ialah apabila suatu dosa besar adalah haram hukumnya. Bagaimana Pas terus bersengkongkol dengan parti PKR, DAP yang kita tahu ketiga-tiga komponen itu termasuk Pas dipimpin pemimpin nombor 1 pakatan iaitu DS Anwar Ibrahim”. 

Sebagai mahasiswa, MU sangat mencintakan keamanan. Sepastinya MU tidak akan menyokong mereka yang menyokong kekejaman.


Lihat anak kecil ini
Bersyukurlah atas nikmat keamanan kita hari ini
Memperjuangkan kemerdekaan itu lebih mudah daripada mempertahankannya 

p/s: Al-fatihah kepada Leftenan Adnan yang telah meningal pada 14 Februari 1942 demi mempertahankan negara tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?