SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


22 Februari 2012

JATI, Kuasa Ketiga. Pilihan atau Ancaman?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia


  Jalur Tiga (JATI)
Memartabatkan Islam, Melayu dan Raja-Raja (IMR)
 
Tanggal 21 Februari 2012, pasti menjadi sejarah buat kepimpinan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sempena pelancaran Jalur Tiga (JATI) di SACC, Shah Alam.Dilaporkan lebih daripada 1000 orang yang terdiri daripada ahli akademik serta penyokong NGO-NGO Islam seperti ABIM, JIM, ISMA dan lain-lain turut hadir dalam majlis pelancaran berkenaan. Keahlian JATI juga mencapai lebih daripada 1000 orang hanya dalam tempoh lebih kurang dua minggu.

MU tertarik dengan pelancaran JATI kerana ingin melihat bagaimanakah JATI sebagai kuasa ketiga akan berperanan dan seterusnya mempengaruhi arus politik perdana khususnya dalam PRU ke-13 ini. Tambahan pula, perjuangan JATI yang berteraskan tiga prinsip iaitu memartabatkan Islam, Melayu dan Raja-Raja (IMR). Tidak dapat dinafikan juga kehadiran NGO lain seperti Perkasa dalam senario politik tanah air.

Ada yang menyifatkan kebangkitan kuasa ketiga hanyalah kerana kekecewaan terhadap Kerajaan  (kuasa pertama) dan juga pada pembangkang (kuasa kedua). Ada juga melihat kebangkitan kuasa ketiga bukanlah sebagai ancaman. Biar apapun pandangan dan penilaian, MU berpendapat ada atau tidak kuasa ketiga ini dalam politik pasti meninggalkan kesan. Jika tidak dalam PRU 13, mungkin dalam pilihan raya berikutnya. Dalam pilihan raya, yang pasti ia semua berkaitan dengan majoriti. Majoriti yang bawa kemenangan, dan majoritilah yang akan memerintah.

Jika kita melihat di luar negara yang mempunyai kerangka politik yang matang dan maju seperti di Amerika Syarikat dan England, ternyata kuasa ketiga telah pun mengambil tempat yang tinggi meskipun menang dalam relatif yang kecil. Sebagai contoh sewaktu pilihan raya di UK baru-baru ini, Parti Liberal Demokrat telah pun berjaya meletakkan calon mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kemenangan dalam sesebuah pilihan raya adalah kerana majoriti. Kehadiran kuasa ketiga memecahkan jumlah menjadi 1/3. Namun, apabila digabungkan kuasa 1/3 ini baik bersama kuasa pertama mahupun kedua, itulah kuasa kemenangan. Kuasa 2/3 itulah majoriti. Sifir mudah. Begitulah juga dalam realiti pilihan raya kampus (PRK) yang hampir tiba.

MU petik kembali kata-kata Tun M mengenai JATI yang berkemungkinan boleh beri lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
"He (Hasan Ali) needs to explain the objective of his NGO because I feel many of such groups are splitting Malays in the country,".

Sejauhmanakah kuasa ‘kuasa ketiga’?
Adakah JATI sebagai pilihan atau ancaman? Kita tunggu dan lihat. 
Sayang apabila Melayu itu sendiri sukar menjadi satu.

p/s: Jom tengok video ni, Pelancaran JATI

1 ulasan:

  1. kuasa ketiga merupakan salah satunya cara untuk menyatu padukan masyarakat Melayu atas tiga tonggak.. iaitu Raja, Melayu dan Islam.. sekadar perkongsian, pada masa zaman Malayan Union, ada nasionalis yang menyatakan bahawa punca kekuatan melayu ketika itu adalah pada agama, raja dan agama Islam.
    namun begitu pihak kerajaan perlu berkolaborasi dengan JATI atau kuasa ketiga untuk mempertahankan IMR kerana perjuangannya persis salah sebuah parti politik dalam malaysia

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?