SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


20 Disember 2011

MT MPP UPSI KESAL TINDAKAN ADAM ADLI!



Salam kepada mahasiswa UPSI dan semua...




MUHAMMAD AFIQ FIKRI - YDP MPPUPSI 2011/2012


"As salam dan selamat sejahtera.... saya SANGAT TIDAK menyokong tindakan menurunkan bendera dan melakukan perarakan yang khabarnya ingin mnyampaikn memorandum di PWTC semalam.. Tindakan menurunkan bendera di sana bagi saya telah menjatuhkn martabat mahasiswa terutamanya UPSI.... Jika sekadar untuk menyampaikn memorandum, pada khemat saya banyak medium lain yang boleh digunakan.. Mengapa perlu di jalanan? Begitukah cara mahasiswa yg intelek? Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Bgi sy, tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri.. Ini pendirian saya selaku Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dan juga salah seorang MAHASISWA..!!!... Bagi saya manusia sebeginilah yang mencalar dan merosakkan nama baik bakal seorang pendidik khususnya UPSI... Kerana insan beginilah usaha untuk memastikan penempatan pelajar semakin sukar... Terima Kasih Menambah Kerja saya yang dah hampir selesai, menjadi tidak selesai... "





MUHAMMAD AZLI MD ALI - NYDP MPPUPSI 2011/2012


"Saya selaku Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang juga memegang mandat mahasiswa ketiga tertinggi di UPSI menyatakan bantahan terhadap tindakan pelajar UPSI yang menurunkan bendera Perdana Menteri. Hal ini telah mencalar imej UPSI lantas meninggalkan impak yang lebih buruk terhadap isu POSTING"




                             MOHD SHAHRIL BIN KHASIN - SU AGUNG MPPUPSI 2011/2012




"Saya mewakili YDP MPP UPSI, MPP UPSI dan seluruh mahasiswa UPSI membantah keras tindakan yang dilakukan oleh Adam Adli, mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera PM di PWTC. Beliau bukan membawa nama mahasiswa UPSI dalam tndakannya!!! Itu tindakan individu berkepentingan sendiri. Wajar diberi tindakan sepatutnya!!! Ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!"


"Jika betul apa yang mereka lakukan, mengapa hanya segelintir mahasiswa yang menyertainya? Adakah mereka layak membawa suara mahasiswa secara keseluruhannya? Atau hanya membawa suara pihak berkepentingan? Tidak perlu menurunkan bendera tersebut, ia satu tindakan yg biadap dan mencalarkan imej MAHASISWA terutama Universiti sendiri... memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI!!!"

"Menunjukkan kebodohan insan berpendidikan!!! Telah menunjukkan kepada semua siapa dia sebenarnya!!!"



petikan juga dari blog prihatin azmikelanajaya  

12 ulasan:

  1. inilah dio oran yang akan menjadi guru dah membinbing anak maso dopan. hancur harapan ibu paba kerano perangai tidak menunjukan dio sebagai oran yang terpelajar. malu raso eden oran melayu sondiri tidak memberi hormat pado pemerintah terutamo pm kito. biadap yang tidak dikatokan dongan perkatan. hanyo hati sajo yang tahu.
    saperti eden kato bolum lulus dah tunjuk bolang kalo dah lulus mungin anak murid jadi mangso.
    masya allah apo lah nak jadi. ado ko salah ibu menganung atau salah didikan? ibu bapa tolong nasihatkan budak ni.

    BalasPadam
  2. Dulu awal awal korang taknak kawal budak nie, sekarang dah habis malu nama universiti!

    kerana nila setitik rosak susu sebelanga. korang lah susu yang dah tak boleh guna tu.

    BalasPadam
  3. ambil tindakan sewajarnya agar dia dapat berpolitik sepenuh masa.

    BalasPadam
  4. black listkan nama dia (adam adli)dari sebarang perjawatan dlm profession perguruan samada lulus atau tidak dan kalu boleh UPSI buang jer pelajar begini... memalukan..

    BalasPadam
  5. boleh lah nanti dia jadi PA anu-war tu then jadi jambu macam SB.

    BalasPadam
  6. Singkirkan saja dari UPSI tuuu.... uruh apply masuk U kat Singapore je....

    BalasPadam
  7. kenapa plak nak kasi dia hkuman truk2???
    ngara nie kan ngara merdeka..dia da hak nak bersuara..dia pn dah bleh nak mgundi...knpa nak buang dia dari u??apa yg dia wat adalah hak dia...da x dlm perlembagaan m'sia ckp, trunkan bendera seorang pemimpin akn dikenakan hkuman AUKU????da ka x?

    BalasPadam
  8. KESOPANAN DAN KESUSILAAN..kalau RUKUN NEGARA pun tak FAHAM, bek berambus dari MALAYSIA. KUDA DAP, ANJING PKR.. PUIIHHHH!!!!

    BalasPadam
  9. Assalaamualaikum... Kepada pimpinan mahasiswa UPSI, sewajrnya tuan-tuan bertemu dengan pelajar terlibat, dapatkan maklumat berkenaan peristiwa tersebut dan lakukan perbincangan bersama Pimpinan UPSI.. Tuan-tuan adalah perantara antara pihak Universiti/ Kerajaan dan mahasiswa.. Hak berhimpun adalah amalan demokrasi Malaysia.. Ia tidak mencalarkan nama baik universiti malah sekurang-kurangnya pelajar berani untuk menyatakan hak mereka..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama berkata...

    "boleh lah nanti dia jadi PA anu-war tu then jadi jambu macam SB."


    >> diam itu lebih baik!

    “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
    (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
    yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
    Diam orang mukmin itu ibadah,
    Ibadah tanpa perbuatan,
    Ibadah rasa,
    Ibadah ini tidak meletihkan,
    Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
    Yang hatinya didalam kelalaian,
    Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
    Kadang-kadang memikirkan dosanya,
    Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
    Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
    Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
    Atau dia meniatkan, dia diam itu,
    Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
    Kadang-kadang dia diam itu,
    kalau dia bercakap,
    Takut dia melakukan kesalahan,
    Seperti dia mengumpat atau,
    Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
    Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
    Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
    Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
    Baik atau jahat,
    Dia biarkan saja orang itu bercakap,
    Dan mendengar sahaja,
    Kerana nak mengenal orang itu,
    Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
    Ataupun kecuaian dan kelalaian,
    Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
    Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
    Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan..


    "Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
    Yang salah memikirkan kesalahan orang."


    kami dari sni mendoakan kesejahteraan adam adli dan rakan2nya semoga Allah membantu mereka2. InsyaAllah.
    =)

    BalasPadam
  11. Allah Maha Penyayang..ini ujian buat adam adli dan sahabat. sabar la menempuhi ujian Allah. ade hikmah disebalik apa yang berlaku.

    > jika die(adam adli) slh pn,kiter xberhak nak kutukkn die,hukum die. die makhluk Allah jugak. kenapa perlu maki, cemuh beliau?

    kiter ni makhluk Allah, kenapa kiter tidak amik kesempatan yang masih diberi oleh Allah untuk berbuat baik terhadap mereka2 yang lemah, kenapa kiter tidak bantu mereka ini n selesaikn perkara ni dengan cara yang lebih baik, dan berlandaskan Islam.Islam ader undang2..

    BalasPadam
  12. MPPUPSI MPP bermakna Majlis Pembela Pelajar UPSI....kenapa lah MPPUPSI ni kata itu dan ini kepada pelajar mereka yang perlu dilindungi mereka....setuju...jumpa pelajar itu...bincang dan cari jalan penyelesaian...itu lah baru dikatakan MPP....bukan penghukum tetapi penyelesai....jadilah MPP sebenar MPP....pemikiran Majlis Tertinggi tidak setinggi minda mereka...bukan menghina...tetapi apabila diberi jawatan itu...jalankan sebaiknya....kita bukan menyerang tetapi menerang....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?