SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


13 Disember 2011

BERITA GEMBIRA DIKONGSI BERSAMA; BAUCAR RM200 UNTUK MAHASISWA.

Salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

Mahasiswa dan buku memang tak dapat nak dipisahkan. Umpama askar dengan senapang, chef dengan pisau tajam. Kan? Justeru kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan baucar buku yang bernilai RM200 kepada pelajar IPTA, Politeknik, matrikulasi/asasi sains dan pelajar Tingkatan 6. Perkara ini telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012.

Sebagai mahasiswa, kami sememangnya sangat gembira dan bersyukur dengan inisiatif pihak kerajaan ini kerana harga buku seperti yang diketahui umum adalah agak mahal. Kalau masih ada yang masih tidak bersyukur dengan pemberian yang amat bermakna ini, habis ayatlah. Tak tahu nak kata apa lagi. 

Maklumat mengenai pemberian baucar ini telah diuar-uarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia sendiri di dalam fanpage Facebook serta website beliau. So, untuk maklumat lanjut bolehlah klik kat link yang diberikan. Orait?

Rakan-rakan mahasiswa boleh baca maklumat di bawah;


1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
 
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
 
 
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik/Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 sekeping.
 
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
 
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
 
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
 
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
 
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Disember 2011.

Semoga dengan apa yang diberikan kepada kita hari ini akan menjadikan kita sebagai mahasiswa yang berguna dan berjasa kepada negara kelak. Dan janganlah pula kita menyalahgunakan nikmat yang telah diberikan ini :)

MAHASIWA NADI NEGARA

#Mahasiswa Utara bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan atas pemberian baucar buku ini.

1 ulasan:

  1. apa link utuk reg baucer ni.... xnampak pon link nye blh tnjukkan x?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?