Rakyat Malaysia amnya sekarang seharusnya sangat bersyukur kerana kerajaan yang ada pada hari ini telah melakukan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat. Begitu juga dengan mahasiswa khususnya. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah bajet yang besar untuk Baucar Buku 1Malaysia, dengan Menu Rakyat 1Malaysia dan sekarang KR1M pula telah dibuka dan bakal dibuka di dalam kampus kampus.
Ulasan dari Utusan Malaysia Online mengenai lawatan DS Najib ke KR1M pertama dalam kampus yang bertempat di UM.
DSN di UM. |
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Universiti Malaya di sini, KR1M pertama yang beroperasi di institusi pengajian tinggi.
Najib yang tiba pada kira-kira 4.45 petang disambut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan timbalannya Datuk Tan Lian Hoe, kemudiannya dibawa melawat kedai itu yang beroperasi di kedai koperasi UM.
Selain menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama yang menjual barangan KR1M, UM juga menjadi pelopor kepada penjualan makanan Menu Rakyat 1Malaysia.
Lagi di sini.
Justeru, marilah kita bersama sama bersyukur dengan keamanan negara yang masih kita kecapi sekarang. Mana mungkin kita mahu lihat perkara seperti yang berlaku di Mesir turut berlaku di negara kita. Adik adik kita yang masih kecil luka berdarah, ayah, ibu, adik, abang, kakak semua terkorban di atas perjuangan sekumpulan manusia yang tak tahu apa itu keamanan, melakukan kacau bilau yang merosakkan keharmonian negara kita sekarang.
Mari bersyukur, jangn kufur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan