Penyerahan replika Baucar Buku 1Malaysia. |
Baucar buku RM200 yang bakal diterima kelak sepastinya berita gembira buat kita sebagai mahasiswa. Boleh dianggap sebagai hadiah peransang di samping menjimatkan lagi duit poket kita.
Baucar buku RM200 ini LAYAK DITERIMA oleh semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara.
"Duit pun orang boleh cetak sendiri inikan pula baucar," Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.
Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab. Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.
Kerajaan memperuntukkan RM260 JUTA bagi baucar ini yang akan diterima oleh 1.3 juta pelajar IPT di seluruh negara dengan tempoh sah laku selama 3 bulan bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
p/s: Mahasiswa Utara percaya rakyat Malaysia khususnya kita sebagai mahasiswa merupakan golongan yang bertanggungjawab. Gunakanlah 4 keping baucar RM50 itu secara berhemah ya!
Terima kasih atas keprihatinan Kerajaan. oops... teringat kes pemalsuan borang BR1M.
Sumber & diolah semula dari Bharian & Metro, 17 Disember 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan