SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


15 Januari 2013

Kenyataan Rasmi MPPUUM #Bawani #UUM



KENYATAAN RASMI MPP UUM




Berkenaan isu video

Pendirian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dalam perihal video ini adalah seperti tetapan berikut;

1)  MPP UUM mendukung prinsip kebebasan bersuara harus didukung tanpa menafikan hak mana-mana individu. Kebebasan ini termasuk juga untuk berhujah berdasarkan fakta yang sebenar dan tulen.

2)  MPP UUM juga bersetuju bahawa sesi interaksi panel dan penonton telah diberikan oleh moderator serta panel menjawab persoalan yang dibangkitkan.

3)   MPP UUM juga bersetuju bahawa hak kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dalam tertib dan penuh beradab.

4)  MPPUUM dalam perkara ini berpendapat kedua-kedua pihak dalam video iaitu mahasiswi UUM serta panel mempunyai sebab tersendiri mengapa kejadian sedemikian berlaku serta berharap kedua-dua buah pihak boleh menjelaskan kepada orang ramai.

5)  MPPUUM juga ingin menegaskan kehadiran YDP MPP UUM hanyalah memenuhi jemputan pihak penganjur program dan bukan bertindak sebagai penganjur atau penganjur bersama.

6)   MPPUUM juga berpendirian bahawa ketika mahasiswi UUM berkenaan mencelah, forum telah diserahkan dari moderator kepada pihak penganjur.

7)   MPP UUM percaya yang wajar memberi pencerahan adalah pihak yang terlibat.

8)   MPP UUM juga meminta supaya siaran video penuh di terbitkan untuk tatapan penonton supaya mengetahui pucuk pangkal program forum ini.

9)   MPP UUM berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara berhemah dan harmoni.


Sekian.


Dipetik daripada: < SINI > 

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?