SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


29 Mac 2012

#AmanKampus Fasa II: Kembali Menjelajah Utara


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

29 Mac hingga 1 April ini, Jelajah Aman Kampus kembali meneruskan misi mereka di utara, di Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) setelah bersama rakan-rakan siswa Selatan di Universiti Teknikal Malaysia (Utem), Kolej Yayasan Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada minggu lepas. 

Pendedahan yang dibuat sewaktu Jelajah Aman Kampus di UTM memberi impak kepada pergerakan Pro-Mahasiswa a.k.a Pro-Pembangkang. Ingat lagi? Perkongsian ini juga telah menyebabkan Saudara Khairul Nizam ini 'diserang'. Suatu tindakan yang agak kurang matang apabila We Love PM juga menjadi modal. Ish Ish Ish.

Sesi jelajah Utara Fasa II ini telah dimulakan di Kolej Mara Kuala Nerang dengan pengisian bersama adik-adik serta masyarakat di samping info siswa di sekitar Alor Star. Ikuti sedikit coretan yang lalu di SINI dan SINI.

Agak-agaknya bagaimana ya respon dan sambutan daripada rakan-rakan siswa di utara? Kita tunggu dan lihat.


Buat rakan-rakan MU di
UUM, UniMAP dan USM,
jom bersama rakan-rakan Aman Kampus.

p/s: Ada rezeki MU akan turut bersama-sama di lokasi & update dengan rakan-rakan ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?