SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


24 Mac 2012

Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara.


Salam perpaduan, salam perubahan dan salam 1Malaysia.

Maaflah kalau rasa entry nie lambat. Tak panas macam goreng pisang Mak Jemah. But, better late than never kan? 

Btw, I dengar cerita semalam ada demonstrasi lagi? Amboi lah meriah sungguh hidup asyik nak berdemonstrasi jek puak puak nie. Takde kelas ke abe wei? Demonstrasi sebab nak tuntut PRK diawalkan, lepas tu nak pilihanraya kampus bebas dari jajahan politik luar, dan kemudiannya isu ‘caretaker’ di universiti.

Okay macam nie lah. I selaku mahasiswa, sungguh  setuju kalau PRK diawalkan. Malas tahu nak semak semak kepala fikir sampai ke bulan sembilan nun. Buat awal awal kan senang. Kan kan?

But nah! Agree with that statement doesn’t make me one of them right? I setuju tapi tak bermakna perkara tu perlu dilakukan. Tak semestinya apa yang I nak, kementerian, HEP dan pelbagai pihak lain perlu ikut. Betul?

Macam tu jugak permintaan mahasiswa yang sekadar 40 orang yang kononnya mewakili 8 kumpulan lain, pergi berdemo depan KPT tu. Suara 40 orang tu tak mewakili suara majority semua mahasiswa. 40 tu tak sampai 1% daripada jumlah semua mahasiswa lah! Tak cukup dengan serahkan memorandum, kemudian diorang serahkan batu nisan pulak. Mengingati mati tu memang tak salah, malah diwajibkan bagi seluruh umat Islam, cuma cara tu tak betul. Oh, dan siaran ulangan, suara 40 orang tak mewakili suara majoriti mahasiswa okay?

There must be a valid reason why we need to do the campus election on September.

Antara sebab kenapa pilihanraya kampus tak perlu diawalkan ke  bulan empat, iaitu bulan April sebab semua pelajar diploma insyaAllah sedang bercuti. Jadi, mereka tidak dapat mengundi untuk PRK. Jadi, di mana hak mereka sebagai mahasiswa? Adilkah kita jika mementingkan kemahuan sendiri sampai mengabaikan hak orang lain? I taknaklah jadi manusia zalim. You guys nak jadi macam tu?

Jujurnya, manusia sekarang terlalu mementingkan diri sendiri dan terlalu suka membangkang tanpa memikirkan sebab kenapa keputusan seperti yang ditetapkan itu ditetapkan. Blergh. Harap korang faham lah ye ayat nie?

Apa yang I tulis hanyalah sekadar pandangan peribadi yang I rasa perlu dikongsi. Berperikemanusiaanlah sesama manusia. Cukup cukuplah menyakiti dan menzalimi orang lain serta diri sendiri. Bawak bawaklah berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan.

Orait? See you when you see me J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?