SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

20 Mac 2012

Loji Solar Batu Kawan: Double Standard LGE



 Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Bagaimana pula reaksi penyokong Himpunan Hijau terhadap pembinaan Loji Solar Batu  Kawan?
 
Dalam sibuk ‘berjuang’ membantah pembinaan loji Lynas, berHimpunan Hijau, penduduk Batu Kawan, Pulau Pinang sendiri bakal menerima hadiah sebagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada projek Lynas. Hadiah yang dimaksudkan bukanlah semata-mata Loji Solar bahkan kesan radiasi serta 9 jenis gas beracun yang sepastinya untuk jangka masa lama untuk penduduk Batu Kawan dan sekitar.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mempertikaikan projek pembinaan kilang loji solar sebagai double standard Lim Guang Eng.
Mana tidak, kalau Lynas tak boleh, kenapa pula DAP luluskan projek RM2.2 bilion ni kan? Kawasan pembinaan seluas 32 hektar bukanlah sekangkang kera, sebaliknya sejumlah kawasan yang agak luas. Projek ini juga akan dikendalikan oleh sebuah syarikat Jerman Bosch Solar Energy AG Holger von Hebel dan fasa pembinaannya akan bermula sebelum akhir tahun ini.
MU tertarik apabila Huan Cheng Guan, bekas ahli Parlimen Batu Kawan ini mendakwa bahawa penduduk tempatan tidak dimaklumkan serta tidak mengambil suara penduduk di situ.
Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan negeri, Rich Too pula menuntut Lim Guan Eng agar memberitahu lokasi tepat pembinaan loji berkenaan serta Laporan Awal Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

MU percaya 100 000 penduduk Batu Kawan sudah mula tidak tidur malam mengenangkan nasib mereka. Kerisauan tentang aspek kesihatan, pencemaran serta ekonomi mereka. Tambahan pula bila mereka sedia maklum pencemaran alam sekitar yang berpunca dari sebuah kilang panel solar di bandar Haining, timur China pada tahun lalu.

Kenapa ada Double Standard?

Ada double cheese burger pun dah cukup dah

Ish Ish Ish


p/s: Pulau Pinang oh Pulau Pinang. Agak-agaknya akan ada ‘Himpunan Hijau’ edisi Batu Kawan tak? Oopps ~

  ~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?