SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

22 Mac 2012

PRK Lebih Awal: Tuntut atau Ugut?

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

  
Apabila diumumkan tentang bahawa pilihan raya kampus (PRK) akan dilaksanakan pada semester hadapan iaitu Semester 1 2012/2012, bermula api-api kemarahan sekumpulan mahasiswa. Pelbagai tuduhan telah dilontarkan ibarat satu penganiayaan kepada mereka apabila tarikh PRK dibawa ke semester hadapan.

Sebagai contoh, kenyataan Mohd Taufik, Pro-M UM, yang dilihat memperlekehkan 'executive caretaker' yang dilantik oleh HEP serta kebimbangan kelancaran pengendalian Festival Konvokesyen di UM yang dijangkakan pada Oktober hadapan.

Kenyataan mantan Yang Dipertua MPMUM, Mohd Syahid pula yang berpendapat penangguhan tarikh sebagai tanda keriasauan dengan kebangkitan anak muda menjelang PRU, bagi MU bukanlah sekadar pendapat semata-mata malah lebih kepada ugutan.


 
Benarkah PENUNDAAN tarikh PRK ini satu bentuk penganiayaan?
Bukannya terus DIMANSUHKAN PRK.

Mahasiswa sebagai ‘Pak Turut’ ?
Mahasiswa akan terus layu....?


Cuba lihat ini pula,

Esok, Demonstrasi Aman. Boleh percaya ker ni?


Disebabkan kalau dalam 2.30petang tu masih agak panas,
Rasanya tak adalah yang sanggup nak buat aksi macam ni.

 Kita tunggu dan lihat.

Kalaulah ‘kebangkitan anak muda’ yang diwar-warkan hanyalah untuk menambah sejarah hitam di Bumi Bertuah ini, pasti lebih baik dikuburkan sahaja niat itu.

Mungkin ada yang terlupa, bukan mudah untuk membina sebuah negara tetapi memusnah dan membinasakannya, sekelip cuma.

Percayalah, Geng SMM ni sudah tercabar dengan lautan mahasiswa bersama
YAB PM semalam. Sebabtulah, tiba-tiba nak berdemo.

Ish Ish Ish

3 ulasan:

  1. Tahniah MU. Berbangga sebab masih ada mahasiswa berjiwa kental macam MU nie.

    Persoalan kat sini, kenapa tak panggil PERHIMPUNAN AMAN instead of DEMONSTRASI AMAN?

    Sejak bila DEMONstrasi nie aman? Zzzzzz.

    BalasPadam
  2. diorang ni taktau maksud demo tu apa kot? ish ish

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?