SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


14 Mac 2012

#AmanKampus Fasa 1: Maklum Balas Rakyat


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Aman Kampus telah memulakan fasa 2. Pasti ada yang tertanya-tanya sejauhmana perkembangan dan dapatan kajian rakan-rakan Aman Kampus. Bagi menjawab persoalan tersebut, MU kongsikan laporan yang sepastinya eksklusif.

Bagi MU sendiri, maklum balas daripada masyarakat itu yang menjadikan jelajah Aman Kampus ini lebih bermakna di samping objektif-objektif lain penganjuran Aman Kampus. Usaha murni bagi kita khususnya mahasiswa mendapatkan respon secara langsung daripada masyarakat atas keprihatinan isu-isu semasa. Oleh itu, MU kongsikan di sini maklum balas daripada 6,492 responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, sosio-ekonomi serta lapisan umur.

Antara dapatan kajian penting meliputi:

1.    Persepsi negatif terhadap suasana kampus
2.    Gagasan 1Malaysia diterima baik oleh masyarakat
3.    Kenaikan harga barang
4.    Kemudahan infrastruktur
5.    Kemiskinan rakyat
6.    Fahaman politik
7.    Birokrasi agensi Kerajaan
8.    Tuntutan anak muda
9.    Projek Lynas (Malaysia) Bhd
 _______________________________________________________


MAKLUM BALAS RAKYAT



Persepsi Negatif Terhadap Suasana Kampus 
–Wujud kegusaran dikalangan ibubapa mengenai suasana kampus yang digambarkan oleh media seolah-olah berada dalam keadaan huru hara berdasarkan beberapa insiden yang dicetuskan oleh kelompok minoriti mahasiswa yang bertindak diluar batasan. Isu ‘Mahasiswa Pelampau’ menjadi topik popular dan kerap kali disoal oleh masyarakat mengenai kesahihannya. 

Gagasan 1Malaysia Diterima Baik oleh Masyarakat  
–Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, 85% daripada responden menyokong gagasan 1Malaysia.  

Kenaikan Harga Barang  
–Rata-rata masyarakat yang tinggal diluar bandar mahupun dibandaraya amat sukar untuk menerima isu kenaikan harga barang walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai agensi kerajaan. Rakyat masih tetap enggan menerimanya. Inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang belum meluas keseluruhan lokasi menyebabkan wujudnya rungutan dikalangan masyarakat mengenai aspek keadilan pengagihan kemudahan.  

Kemudahan Infrastruktur  
–Masih ada lagi kawasan diluar bandar yang mengalami masalah kerap kali berlaku putus bekalan elektrik. Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah dijanjikan oleh kerajaan yang masih belum ditunaikan, antaranya Benteng Sungai Pulau Ketam dan Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Masalah jalan rosak dan longkang tersumbat adalah dapatan yang popular bagi setiap lokasi.  

Kemiskinan Rakyat  
–Perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Program Mesra Rakyat secara lansung telah membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dikalangan masyarakat luar bandar dan kota raya. Kecekapan pengagihan bantuan oleh jentera kerajaan juga menerima rungutan daripada masyarakat. Masalah harga perumahan yang sangat mahal juga ditimbulkan oleh masyarakat terutama mereka yang tinggal di bandaraya (Pulau Pinang, Selangor dan Johor).  

Fahaman Politik  
–Secara majoriti masyarakat yang ditemui menolak fahaman politik yang ganas dan tidak mengutamakan keharmonian dan perpaduan sesama masyarakat. Selain itu juga, mereka juga menolak demonstari jalanan yang dianggap sebagai tindakan tidak bermoral dan hanya mementingkan perjuangan individu semata-mata.  

Birokrasi Agensi Kerajaan  
–Sebahagian besar masyarakat yang didekati telah menyatakan masalah birokrasi yang mereka hadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan. Masyarakat mengharapkan agensi kerajaan dapat mempercepatkan dan mempermudahkan urusan mereka. Kadang-kadang kala permintaan sebahagian agensi tidak dapat difahami dan dipenuhi oleh mereka diatas kebatasan ilmu pengetahuan yang dimiliki. 

Tuntutan Anak Muda  
–Isu penghijrahan anak muda ke bandar dilihat sebagai masalah kritikal yang wujudkan dikalangan masyarakat luar bandar. Dikampung sudah kurang tenaga muda yang akan mewarisi sosio budaya setempat. Isu ketiadaan pekerjaan yang menjamin pendapatan yang mencukupi menjadi penyebab utama penghijrahan tersebut. Terdapat juga rungutan mengenai pelanjutan umur persaraan penjawat awam kepada 60 tahun sebagai meningkatkan lagi masalah pengangguran dikalangan anak muda sama ada graduan atau sebaliknya. Aktiviti kemasyarakatan atau sosial semakin berkurangan di kawasan luar bandar kerana kurangnya tenaga muda. Manakala, di kota juga menghadapi masalah yang sama kerana anak muda juga sibuk bekerja.  

Projek Lynas (Malaysia) Berhad  
–Secara keseluruhan masyarakat masih tidak mengetahui perkara sebenar mengenai isu Lynas dan sebahagian mereka menerima maklumat hanya daripada dakyah pembangkang melalui ceramah politik, kain rentang, flyers dan media baru. Strategi yang kreatif dan pro aktif harus digerakkan untuk membuktikan keselamatan dan kebaikan projek Lynas ini kepada negara terutamanya masyarakat tempatan. Contohnya, ribuan peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak Lynas. Siri penerangan ini juga perlu diadakan secara santai di pusat pengajian tinggi agar golongan cerdik pandai ini diberi permahaman yang jelas agar mereka tidak hanya bergantung kepada persepsi semata-mata. Akhirnya, mereka menyampai pula kepada rakyat maklumat yang tidak benar.

< Laporan penuh di Harapan Esok >

p/s: Inilah suara dan hasil usaha anak muda yang cintakan keamanan. Tahniah Aman Kampus. Selamat berjuang untuk Fasa 2 pula.

Yakin dan pasti, mahasiswa #AmanKampus tidak akan seperti mereka di bawah ini.

Ish Ish Ish



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?