SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


10 Januari 2013

Kalimah ALLAH TIDAK Lagi Eksklusif ?




Penggunaan kalimah ALLAH bagi orang bukan Islam bukanlah untuk dipermainkan, memenuhi kehendak politik semata-mata. Bukan juga kerana keselamatan bahkan isu akidah, tauhid kita dalam menjaga kesucian agama Islam.

Isu ini timbul apabila GOD dalam Bible yang hendak diterjemahkan dalam Bahasa Melayu sebagai ALLAH.

Dalam Bible sendiri tidak menggunakan kalimah ALLAH bahkan menggunakan perkataan GOD.  Dalam teks bahasa Greek yang juga bahasa asal penulisan Bible pun tidak menggunakan kalimah ALLAH sebaliknya ‘Theos’ yang bermaksud Tuhan.

Penggunaan kalimah ALLAH, Baitullah, Solat dan Kaabah telah diwartakan eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN S.59//3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Jemaah Menteri yang telah bermesyuarat pada 3 Januari 2008 juga telah memutuskan perkara yang sama.



5 Alasan utama Gereja Katolik menuntut menggunakan Kalimah ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam laporan bertajuk Church leaders explain use of Allah dalam akhbar The Sun (24 Disember 2007)

1.   Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam Bahasa Melayu menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai terjemahan istilah Lord.
2.    Mendakwa mulai awal ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam Bahasa Melayu dan kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan istilah God.
3.    Mendakwa ayat-ayat suci Al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam telah menggunakan lafaz Allah.
4.    Mendakwa bahawa segmen terjemahan dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.
5.    Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3) A Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan mereka ini (bukan beragama Islam) yang ingin menggunakan kalimah Allah jelas telahpun ditolak dan dilarang sama sekali. Jelas dalam fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan serta dilindungi penggunaannya yang eksklusif untuk umat Islam.

Namun, sekali lagi penggunaan kalimah ALLAH ini sengaja hendak dimainkan menjadi isu. Lim Guan Eng dilihat sengaja membangkitkan isu ini menuntut agar Kerajaan Pusat membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Menjadi bertambah kartun lagi apabila ada pemimpin yang beragama Islam pula menyokong tindakan penggunaan kalimah ALLAH dan salah seorangnya Nik Aziz, yang diangkat sebagai Tuan Guru.

Percanggahan pendapat dalam penggunaan kalimah ALLAH ini di kalangan kepimpinan PAS sedikit menimbulkan kekeliruan, tanda tanya. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Dalam isu agama, janganlah sampai menyesatkan akidah.

Moga terbuka hati apabila mendengar hujah ini.


 
Lihat, ini antara anak muda yang kononnya menjadi hero.
Sanggup bersembahyang di tokong Cina?



Jika bukan yang beragama Islam menjaga kesucian agama ini, adakah anda berharap mereka yang bukan Islam untuk menjaga dan memelihara agama Islam?


 Semoga ini TIDAK akan berlaku.



Rujukan:

 

p/s: Bacalah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.

1 ulasan:

  1. Firman Allah Subhanahu wata’ala yg artinya :

    ” Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka ( orang - orang musyrik itu ): ” Siapakah yang menciptakan mereka ? Niscaya mereka menjawab :” ALLAH ” , maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan ” ( QS . 43 : 87 )

    ” Katakanlah :” Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui ?” Mereka akan menjawab :” kepunyaan Allah ”. Katakanlah : ” Maka apakah kamu tidak ingat ? ”. Katakanlah : ”Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya Arsy yang besar ? ” Mereka akan menjawab : ” Kepunyaan Allah ”. Katakanlah: ” Maka apakah kamu tidak bertaqwa ?” Katakanlah : ” Siapakah yang ditangan – Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi , tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azab-Nya , jika kamu mengetahui ?. Mereka akan menjawab :” Kepunyaan Allah ” Katakanlah ( kalau demikian ) , maka dari jalan manakah kamu tertipu ?” ( Q S . 23 : 84-89 ).

    ” Dan mereka telah mengambil sembahan –sembahan selain Allah agar sembahan itu menjadi penolongnya dihadapan Allah ”( QS . 19 : 81 )

    “ Ingatlah , Hanya kepunyaan Allah-lah Agama yang bersih ( dari Syirik ). Dan orang –orang yang mengambil pelindung ( penolong ) selain Allah berkata : “ Kami tidak menyembah mereka , melainkan supaya mereka mendekatkan ( permohonan ) kami kepada Allah dengan sedekat – dekatnya “ sesungguhnya Allah akan memutuskan diantara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang –orang yang pendusta dan sangat ingkar “. ( QS Az-Zumar : 3 )

    “ Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia , mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ( ayat – ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata (tetapi ) tidak dipergunakan untuk melihat tanda - tanda kekuasaan Allah , dan mereka mempunyai telinga( tetapi ) tidak dipergunakan untuk mendengar ( ayat – ayat Allah ). Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat lagi . mereka itulah orang-orang yang lalai “ ( Q.S 7 : 179 )

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?