Salam Perpaduan, Salam
Keamanan & Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini dengan gelombang merah,
semalam membuka mata MU untuk melihat hijau. Diwar-warkan 100,000 turut ahli
dan penyokong PAS bersama-sama dalam himpunan yang berlangsung di Stadium Darul
Aman. Kalau dilihat akan gambar-gambar yang ada, tiadalah MU terjumpa gambar ‘super
imposed’ sebagaimana tindakan terdesak dalam perhimpunan Bersih yang lalu.
Namun, tiadalah nak dikata yang pergi itu semuanya anak muda. Maka, “Takbir anak
muda bergegar di Stadium Darul Aman” sebagaimana yang diwar-warkan oleh Harakah
Daily adalah agak kurang tepat.
Merujuk pula kepada surat kepada pimpinan dan
ahli-ahli PAS yang bertajuk ‘Kerahan Ahli Ke Himpunan Hijau Menuju Putrajaya’,
<SINI> perkataan kerahan itu sendiri menimbulkan persepsi definisi kerahan itu
sendiri. Datang dengan kerahan dan bukannya dengan rasa sukarela atau dijemput?
Berbeza bila tajuk surat tersebut ialah ‘Jemputan’.
Sedia maklum, Usztaz Azhar Idrus (UAI) turut bersama-sama dalam
himpunan tersebut. UAI sebelum ini pernah didesas-desuskan bakal menjadi calon dan bertanding untuk PRU akan datang. Mungkin kerana kehadiran UAI juga antara faktor yang mendorong ramai yang
hadir bersama-sama.
Namun, apabila sesi melatah YB Nizar MU
tertanya-tanya, adakah sekalian yang hadir perasan atau sekadar memekakkan telinga? 100,000 x 2 = 200, 000
telinga. Takkan sekadar mengiyakan apabila YB Nizar melafazkan ‘tanda kejatuhan PAS’ ? Melatah atau
tersasul, jiwa Nizar ni bersama siapa? Bersama PAS atau PKR?
p/s: Isu derhaka Nizar kepada Sultan Johor apa
cerita ya? Harapan MU, satu masa nanti gelombang merah dan hijau bersatu atas
perjuangan yang sama; Agama, Bangsa & Tanah Air.
pelik.. Kat kedah dia buat bersih kat stadium.. sibuk buat bersih dijalanan.. dasar berat sebelah.. menyusahkan rakyat.. sibuk dok mai kl buat apa... buat lah suka hati kat penang, kat kelantan, kat selangor..dan kedah... samapi next pru je.. dah muak dgn propaganda.. nyusahlkan rakyat korang nie..
BalasPadam