Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Kepimpinan GGIM bersama Dato' Saifuddin Abdullah. |
Kuala Lumpur, 23 Jun - ASPIRASI Mahasiswa yang membawa nama Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) telah bertemu YB Dato Saifuddin Abdullah bagi membincangkan masalah Penempatan Guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pedidikan (ISMP). Perjumpaan di NZ Garden KLCC berlangsung selamat 2 jam dalam keadaan santai.
Mohamad Rafie ketika dihubungi berkata, 'Saya mewakili graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris membawa suara ASPIRASI Mahasiswa akan sedaya upaya menggunakan cara yang rasional untuk memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dato' Saifuddin Abdullah selaku Timb. KPT supaya meneliti semula penempatan untuk bakal guru. Kami di GGIM melaksanakan pertemuan ini ingin meminta pandangan berkaitan penempatan ISMP ambilan Julai 2008/2009.'
Katanya lagi, awal bulan ini, pihak KPM telah menerima 2 ambilan penempatan graduan ISMP. Ada graduan yang terpaksa menunggu sehingga 1 tahun setengah untuk diberi penempatan. Kita tidak menyalahkan pihak KPM tetapi kita cuba mencari solusi yang efektif menyelesaikan kemelut yang melanda graduan ISMP ini.
Katanya lagi, Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (GGIM) di bawah jawatankuasa Penempatan guru mahu KPM memberi peluang yang adil kepada 3000 graduan pendidikan yang masih belum dipanggil temuduga dan belum mendapat penempatan guru. Ia terdiri daripada graduan UPSI yang berjumlah hampir 2300 dan IPTA lain seperti Uitm,UKM,UPM,UMS,UUM,UTHM,UTM dan UIA mahu KPM segera menangani masalah penempatan guru yang semakin meruncing.
Turut hadir, Samuel Sila Mathew Unjah
dari Kelab Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (KMMPPUPSI). Samuel ketika
dihubungi berkata 'Biarpun mendapat PNGK 4.00 dan lulus dengan cemerlang,
namun belum tentu menjamin graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
keluaran IPTA mendapatkan pekerjaan sebagai guru tetap di bawah naungan KPM
tanpa proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
GGIM diwakili Pengerusi GGIM iaitu Mohamad Rafie Sanan (Berbaju Putih). |
Sejak
beberapa bulan yang lalu, pihak KPM memperkenalkan Sistem Guru Interim namun
sistem ini perlu diperbaiki kerana ramai guru mengadu mempunyai masalah bayaran
gaji. Memetik kenyataan salah seorang pengunjung laman
sosial Guru Interim, Datuk Wee Ka Siong menjelasakan bahawa pihaknya sedang menyelesaikan
masalah ini.
Sumber: Harapan Esok
p/s: Ini bezanya Aspirasi Mahasiswa dengan Pro-Mahasewel.
Moga usul yang dibawa rakan-rakan Aspirasi ini berjaya dilaksana.
Buangkan persepsi
negatif tentang bakal pendidik kerana
bukan semua sama
seperti Adam Adli.
Buangkan persepsi
buruk tentang mahasiswa,
kerana Aspirasi
Mahasiswa tidak seperti Pro-Mahasewel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan